Oleh pada 05 Aug 2017 kategori

Adat perkahwinan merupakan tatacara yang berbeza yang diamalkan berdasarkan budaya, adat, bangsa dan keturunan sesuatu pasangan. Sudah seperti menjadi satu kebiasaan satu pasangan itu perlu melalui pelbagai upacara tertentu yang diwarisi turun termurun dan dipenuhi satu persatu. Kalau tak mertua kecil hati!

Berikut adalah 5 adat ritual perkahwinan paling ganjil yang masih diamalkan oleh masyarakat pelbagai budaya yang hidup di serata dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Upacara menangis kaum Tujia di China

iluminasi tradisi perkahwinan pelik

Wujud satu kaum etnik di China yang masih lagi mengamalkan budaya ini yang berasal ketika Zaman Negeri-Negeri Berperang China atau Warring States. Kaum Tujia yang duduk di daerah Sichuan masih berpegang teguh kepada upacara ini, bagi menandakan kesedihan yang dihadapi gadis kerana akan meninggalkan keluarganya selepas berkahwin.

Bakal pengantin perempuan akan duduk dalam satu dewan dan dimestikan menangis selama lebih sejam dalam 10 hari seorang diri, sebelum ibunya pun turut serta menangis pada hari ke 11 diikuti neneknya. Bagi gadis yang gagal menangis, mereka akan dipandang rendah oleh masyarakat setempat termasuklah keluarganya. Puncanya - jika gagal menangis, itu bermaksud gadis tersebut gembira untuk meninggalkan keluarganya.

2. Ayah mertua meludah anak menantu di Kenya

iluminasi tradisi perkahwinan pelik3

Suku etnik Massai di Kenya percaya yang kebahagiaan rumah tangga terletak pada ayah pengantin lelaki. Penganting perempuan dibotakkan kepalanya lalu dilumur kepalanya dengan lemak kambing dan minyak sebagai satu simbol keberkatan.

Selepas selesai upacara mencukur kepala, ayah mertua pengantin perempuan itu akan meludah kepala dan bahagian dada pengantin perempuan untuk memberi mereka nasib baik dan perkahwinan yang berpanjangan.

Habis saja upacara itu, pasangan pengantin akan beredar dan tidak dibenarkan menoleh ke belakang lagi, kerana mereka percaya pengantin yang menoleh ke belakang, akan bertukar menjadi batu. Sebagai penamat, dua hari kemudian, ibu pengantin lelaki pula akan mencukur kepalanya bagi sebegai tanda upacara perkahwinan mereka dah selesai.

3. Penculikan pengantin perempuan di Kyrgyzstan

budaya pelik

Upcara yang digelarkan 'ala kachuu' ini masih lagi diamalkan sehingga sekarang. Walaupun sudah pun diharamkan amalannya, masih ramai rakyat Kyrgyzstan yang meneruskan amalan ini sebagai satu tradisi.

Pihak lelaki akan menculik gadis yang ingin dikahwini sama ada secara sukarela atau paksa dan dikurung di dalam rumah keluarga lelaki dalam sebuah bilik. Gadis itu akan diberikan sehelai selendang yang perlu dia pakai jika dia setuju untuk menjadi isteri kepada lelaki yang menculiknya.

Jika si gadis enggan, pihak keluarganya akan dijemput bagi memujuk gadis tersebut untuk bersetuju. Selalunya, gadis itu akan bersetuju juga akhirnya. Menurut kajian, hampir separuh perkahwinan orang Kyrgyzstan melibatkan penculikan dan 2/3 daripada penculikan itu berakhir dengan perkahwinan paksa.

4. Pukul kaki pengantin lelaki dengan ikan di Korea Selatan

iluminasi tradisi perkahwinan pelik6

Kepercayaan Korea memerlukan seseorang pengantin lelaki membenarkan saudara-mara dan rakan-rakannya untuk memukul tapak kaki beliau dengan ikan atau sebatang tongkat sebagai satu simbol kejantanan.

Tradisi yang dinamakan 'falaka' ini diadakan sejurus selepas tamatnya upacara perkahwinan. Pengantin lelaki perlu menanggalkan kasut dan stokin yang dipakai serta kedua-dua kakinya dipegang dan tetamu bergilir-gilir akan menyoal penganting tentang apa saja yang mereka mahu. Jika gagal mendapat jawapan yang memuaskan, pukulan akan dikenakan pada tapak kaki pengantin lelaki tersebut.

5. Pengantin di Indonesia tidak dibenarkan ke tandas langsung

iluminasi tradisi perkahwinan pelik7

Semua pengantin dari suku etnik Tidung yang berasal dari Indonesia, tidak dibenarkan menggunakan tandas selama 3 hari selepas berlangungnya perkahwinan mereka. Mereka percaya dengan mengamalkan pantang larang tersebut, perkahwinan mereka akan kekal bertahan lama dan dihindari nasib buruk.

Dalam tempoj 3 hari tersebut, pengantin baru itu akan diawasi oleh beberapa orang yang ditugaskan memantau tindak-tanduk mereka sebelum dibenarkan mandi selepas menjalani 3 hari tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)