Oleh pada 05 Jul 2017 kategori

Kredit foto: laptopmag.com

Komputer riba (laptop) atau komputer peribadi (PC) merupakan alat elektronik penting bagi melakukan kerja serta tugasan terutamanya bagi golongan pelajar dan mereka yang sudah bekerja.

Bagi pengguna jangka masa panjang, lambat-laun laptop atau PC anda pasti mula meragam atau dalam erti kata lain berfungsi dengan perlahan sehingga menyebabkan anda terpaksa mengambil masa yang lama untuk melunaskan tugasan yang diberi kerana ianya terasa 'berat'.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sesiapa pun pasti mahu laptop atau PC anda bertahan  lama dan tidak cepat rosak. Oleh itu, anda perlu memberi penekanan terhadap beberapa aspek bagi memastikan prestasi komputer anda sentiasa terbaik dan memuaskan.

1. Bersihkan habuk

Kebersihan merupakan faktor utama yang menentukan sejauh mana sesebuah komputer itu mampu berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Jika anda tidak pernah servis komputer anda, habuk yang terkumpul akan memperlahankan kelajuan kipas cooler processor berpusing. Seterusnya, processor tersebut akan mengeluarkan haba yang lebih biasa. Ia mengakibatkan komponen seperti processor akan menjadi terlalu panas (overheat). Maka, jagalah kebersihan komputer anda seperti anda menjaga kebersihan kereta atau rumah kesayangan anda.

tips supaya prestasi laptop anda sentiasa tip top 1

Kredit foto: avinash.ws

2. Ganti thermal paste 

Bagi yang tidak tahu, thermal paste merupakan cecair yang diletakkan di atas processor bagi menyejukkan processor komputer anda. Dengan kecanggihan teknologi, kini sudah ada jenis terbaru thermal paste yang berbentuk seperti getah. Thermal paste sebaiknya ditukarkan setahun sekali kerana apabila sudah kering, ianya akan mengeras dan mengakibatkan suhu processor meningkat. Jika tiada bajet, dua tahun sekali pun sudah memadai bagi tujuan penjagaan suhu processor.

3. Air Flow Management (Sistem Saliran Udara)

Untuk senang faham, aliran udara (air flow) amat penting bagi mengekalkan suhu rumah anda supaya sentiasa berada dalam keadaan dingin. Jika tidak, anda pasti akan berasa panas setiap kali cuaca panas terik. Perkara sama juga yang berlaku semasa suhu komputer anda panas, ia pasti akan mempengaruhi kesemua komponen di dalamnya terutamanya motherboard. Ini juga sebab mengapa setiap kali komputer anda panas, anda akan rasa sedikit lag pada komputer tersebut.

Dengan ini, pengurusan air flow sesebuah komputer merupakan kunci kepada jangka hayatnya yang panjang. Kipas casing komputer dibuat supaya ada aliran keluar masuk angin. Kalau nak berjimat, anda boleh gunakan dua kipas yang dapat dibeli dengan harga murah.

4. Susun fail

Ramai di antara kita yang mengambil remeh soal penyusunan fail. Jangan terkejut, jika ada yang ruangan desktop mereka dipenuhi dengan fail sehingga tiada ruang kosong langsung. Bukan tidak boleh, cuma berpada-padalah dengan meletakkan fail yang penting sahaja. Fail-fail selain dari itu bolehlah diletakkan di 'My Documents' atau di partition lain seperti D,E,F dan sebagainya. Jika tidak, komputer anda akan menjadi berat untuk load kesemua fail tersebut semasa proses booting windows. Pun begitu, ini cuma saranan sahaja supaya tidak mengganggu windows partition. Selebihnya, terpulang kepada anda sendiri.

tips supaya prestasi laptop anda sentiasa tip top 2 330

Kredit foto: blog.gradeable.com

Sekiranya anda seorang yang pemalas dan tidak yakin untuk mencuba kesemua tips di atas, anda boleh hantar sahaja komputer anda di kedai komputer. Beritahu juruteknik kedai tersebut yang anda mahu servis komputer dan segalanya akan menjadi tanggungjawab mereka untuk uruskan. Secara asasnya, apa yang mereka akan buat ialah membersihkan habuk di dalam komputer, menggantikan thermal paste sekiranya perlu dan melakukan sedikit ujian prestasi (performance test) pada komputer anda. Jumlah caj yang dikenakan di setiap kedai boleh jadi berbeza. Untuk itu, buatlah pilihan yang tepat sebelum menghantar komputer kesayangan anda ke mana-mana kedai.

Artikel olahan ini adalah perkongsian dengan keizinan dari seorang juruteknik komputer persendirian, Mohamad Taufik bin Jabir.




Hakcipta iluminasi.com (2017)