Oleh pada 08 May 2017 kategori

tips ibu bapa

Walaupun lebih terkenal sebagai seorang usahawan, Bill Gates juga terkenal dengan prinsip tegas mendidik anak-anaknya. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Melinda dan 3 orang anak, Jennifer, Rory dan Phoebe.

Sebagai seorang bilionair dan orang terkaya di dunia, tugas sebagai bapa semestinya sukar buat beliau memandangkan anak-anaknya sudah dilimpahi kemewahan sejak daripada mereka kecil.

Walaupun begitu, Bill Gates seorang yang bijak. Beliau tidak memanjakan anak-anak beliau dengan kemewahan tetapi mempunyai prinsip yang tegas sebagai seorang bapa agar anak-anaknya kelak boleh berjaya dengan usaha mereka sendiri.

kanak kanak 307


1. Anda Tidak Akan Sentiasa Dapat Apa Yang Anda Mahukan

Sebagai ibu bapa, adalah sukar untuk mengatakan "tidak" kepada anak-anak. Walaubagaimanapun, menurut Bill Gates, apabila kita tegas mengatakan "Tidak" kepada anak-anak, kita sebenarnya mengajar mereka untuk menghormati kita dan membuatkan mereka lebih bersyukur dengan apa yang sudah dimiliki.

Sebagai bapaa, Bill Gates telah menetapkan bahawa umur 13 tahun adalah umur yang sesuai untuk memberikan telefon bimbit. buat anak-anaknya. Oleh itu, sebelum anak-anaknya mencapai umur ini, beliau bertegas tidak akan memberikan mereka telefon bimbit.


2. Bila Anda Mahukan Sesuatu, Berusahalah Untuk Mendapatkannya

Walaupun memiliki kemewahan, Bill Gates mengajar anak-anaknya supaya berusaha sendiri sekiranya mereka memiliki sesuatu. Hal ini dapat melatih anak-anaknya supaya rajin dan dapat mengenal susah payah bekerja sebelum memiliki sesuatu.

Bill Gates memotivasikan anak-anaknya untuk berusaha dengan memberi mereka upah untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, mengemas rumah dan sebagainya.


3. Apabila Sudah Berjaya, Berkongsilah Dengan Mereka Yang Kurang Bernasib Baik

Bill Gates terkenal sebagai salah seorang bilionair yang gemar bersedakah. Beliau mempunyai sebuah pertubuhan yang diberi nama Bill & Melinda Gates Foundation yang bertujuan untuk memberi bantuan kesihatan, memberi pendedahan pendedahan dan peluang pendirikan, mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan akses kepada teknologi.

Bagi Bill Gates, anak-anak yang dilatih dengan aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan dengan masyarakat akan membantu melatih jati diri mereka dan bersyukur dengan kejayaan yang dinikmati.


4. Kejarlah Impian dan Cita-Cita

Bill Gates berkata, beliau bersyukur kerana telah menemui kerjaya yang sangat diminati dan membolehkan beliau menikmati kejayaan yang dikecapi kini. Beliau juga sentiasa berharap anak-anaknya akan berjaya apabila mereka menemui kerjaya yang diminati dengan memberi mereka pelbagai pendedahan.

Sebagai ibu bapa, kita haruslah memberi anak-anak peluang untuk mengeksplorasi dunia mereka. Sokong mereka tetapi pada masa yang sama pantau minat mereka agar mereka tidak tersalah membuat keputusan.


tags : , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)