Oleh pada 07 Aug 2017 kategori

Sejauh mana anda mengenal haiwan-haiwan di atas muka bumi ini? Dengan keluasan bumi ini yang tak terjangkau, terdapat banyak jenis haiwan yang kita tak pernah temui. Lebih-lebih lagi haiwan yang hidup di dalam lautan dalam dan di hutan yang tebal.

iluminasi.com ingin berkongsi 4 haiwan yang tersangat rare yang anda tak sangka mereka ini wujud.

1. Blue dragon

glaucus atlanticus 3

Sekali tengok macam lukisan ataupun model mainan kanak-kanak. Tapi sebenarnya Blue Dragon atau nama saintifiknya glaucus atlanticus ini wujud. Ia merupakan haiwan dalam keluarga siput namun tak berkulit, atau slug. Bentuk makhluk ini agak unik dan warnanya adalah gabungan antara biru dan perak membuatkan haiwan ini sangat menarik. 

glaucus atlanticus 1

Saiznya agak kecil sebesar duit syiling 20sen. Mereka terapung secara terbalik dengan menggunakan ketegangan permukaan air untuk terapung, dan dibawa oleh angin dan arus lautan. Makanan haiwan ini adalah haiwan laut yang lain dan ia mempunyai sengat yang agak menyakitkan yang digunakan sebagai perisai.

glaucus atlanticus

Ia wujud di serata lautan di seluruh dunia, di perairan sederhana dan tropika, seperti timur dan selatan Afrika, perairan Eropah dan timur pantai Australia serta Mozambique. Pada tahun 2012, Blue Dragon ini dijumpai di Andhra Pradesh di India dan dalam ekosistem Humboldt Current di Peru pada tahun 2013. Paling terbaru ia dijumpai di Bermuda pada Januari 2016.

2. The Piglet Squid (Helicocranchia pfefferi)

helicocranchia pfefferi

Haiwan pelik ini mendapat namanya berdasarkan rupa bentuknya. Ia seolah-olah gabungan daripada seekor sotong dan seekor khinzir. Nama saintifiknya adalah Helicocranchia pfefferi dan saiz dewasa bagi sotong ini sepanjang 10 sentimeter. 

helicocranchia pfefferi 2

Badan sotong ini terdiri daripada corong yang agak besar dan sirip seakan-akan dayung kecil, serta sesungut di atas mata mereka. Haiwan ini boleh dijumpai di timur laut Atlantik dan Ireland. Habitat mereka biasanya hampir dengan permukaan laut, sedalam 100 hingga 200 meter dan akan turun lebih dalam apabila mereka semakin matang.

3. Monyek Saki

saki monkey

Agak menyeramkan melihat spesis monyet ini, seperti gorilla yang memakai topeng putih. Monyet Saki atau Sakis, adalah salah satu spesis monyet New World. Ia biasanya dijumpai di bahagian utara dan tengah Amerika Selatan bermula dari selatan Colombia sehingga ke Peru dan utara Bolivia, termasuk bahagian tengah Brazil.

saki monkey 3

Walaupun wajah mereka agak menakutkan, tetapi monyet ini agak pemalu dan berhati-hati. Tubuh badan Sakis agak kecil dan berbulu lebat dan panjang.  Ia mempunyai beberapa warna termasuk hitam, kelabu dan coklat, bergantung kepada spesis. Mereka boleh membesar sehingga 30 hingga 50 sentimeter dan boleh mencapai seberat 2 kilogram.

4. Sea Lamprey

sea lamprey

Rupa bentuknya seperti belut, tetapi ia adalah daripada keluarga ikan yang tidak mempunyai rahang. Sea lamprey adalah haiwan parasit yang boleh dijumpai di hemisfera Utara dan di kedalaman 4,000 meter bawah laut dengan suhu antara 1 hingga 20 darjah selsius.

sea lamprey 3

Mulutnya tidak berahang, bulat dan seperti penyedut yang mempunyai gigi yang sangat tajam yang tersusun penuh dalam bentuk bulatan. Sea lamprey dewasa boleh mencapai panjang maksima sehingga 120 sentimeter dan seberat 2.3 kilogram.

sea lamprey 2

Mereka menggunakan mulut mereka yang seperti penyedut dan melekatkannya pada kulit ikan lain dan mengikis kulit mangsa dengan gigi yang tajam. Rembesan dalam mulut haiwan ini menyekat darah mangsa daripada membeku, dan mangsa biasanya mati akibat kehilangan darah yang banyak atau jangkitan. 

Selepas setahun menyedut darah dengan cara ini, mereka akan kembali ke sungai dan bertelur, seterusnya mereka akan mati.


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)