Sambungan daripada BAHAGIAN 1 : Pemuda Malaysia Ini Kongsi Pengalaman 4 Minggu Hidup Di Kem Pelarian Perancis - Bahagian 1

"Dimanakah saudara Islam kita yang lain?"

Pelarian-pelarian sedang beratur di hadapan Kitchen in Calais untuk mengambil makanan

Walaupun terdapat beberapa lagi dapur yang membantu, tetapi dapur ini satu-satunya yang dipercayai oleh pelarian-pelarian Islam akan kesuciannya. Pernah diceritakan ketika beratur mengambil makanan, pelarian-pelarian ini bersembang antara satu sama lain, dengan bertanya, "Di manakah saudara-saudara Islam kita yang lain?". Pastinya mereka sangat mengharapkan bantuan daripada kita, namun ada di antara kita yang langsung tak ambil tahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pengsan kerana terlalu lapar

img 20170716 025026 1

Sabar menunggu giliran untuk mendapatkan makanan panas di kala cuaca yang sangat sejuk

Menurut Jamalulail Ismail, sebelum ada bantuan kemanusiaan oleh orang ramai, jika anda melihat pelarian sedang berjalan dan tiba-tiba rebah, ia adalah pemandangan biasa. Kerana terlalu lapar, mereka pengsan. Krisis manusia yang sedang berlaku adalah seteruk ini.

mmm 525

Wajah suram seorang pelarian ketika diberikan sandwich untuk makan tengahari

Ketika sedang sibuk mencedok nasi, hati aku tergerak untuk melihat wajah-wajah kelaparan yang sedang beratur mengambil makanan. Aku cuba menjenguk. Terdapat pelbagai raut wajah. Ada yang senyum, ada yang kelihatan sangat lapar.

Tetapi berdasarkan pengalaman aku, apa yang paling membuatkan hati aku tak sanggup untuk terus melihat adalah apabila melihat reaksi mereka ketika melihat makanan yang diberikan hanyalah nasi dan kari kentang atau dal. Muka mereka seakan-akan hampa membuatkan hati aku sedih.

Hanya nasi, dal dan ubi kentang

img20160929175757 657

Makanan yang biasanya disediakan untuk pelarian-pelarian. Nasi, dan gulai ubi.

Pasti anda berfikiran yang mereka patut bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada makanan. Ya, memang anda boleh berkata begitu kerana anda tidak berada di tempat mereka. Setelah seharian tidak menjamah dan satu-satunya makanan yang mereka terima hanyalah nasi dan kentang, hanya mereka yang tahu perasaannya.

Kalau aku hari-hari makan macam tu, aku pun tak lalu. Tiada ayam atau daging. Kadang-kadang akan makan roti dan kari sahaja jika nasi habis. Makan sehari sekali, seolah-olah berpuasa, tetapi untuk jangka masa yang anda tak tahu sampai bila.

ambil makanan 476

Aku sendiri yang melihat wajah mereka saat itu pun tidak dapat rasa apa yang mereka rasakan. Tetapi bukan setiap hari mereka dihidangkan nasi tidak berlauk. Lauk seperti kari ayam atau daging, atau kadang-kadang akan dimasak nasi Beriani berlaukkan ayam atau daging.

Makan daging hanya menjelang Aidiladha

img20160930105554 192

Daging korban yang didermakan dari England dan Perancis

Dengar macam mewah, tetapi makanan sesedap itu hanya akan disediakan jika mampu, dan hanya makan daging ketika Hari Raya Aidiladha sahaja. Kitchen in Calais mendapat bantuan derma dan bahan mentah daripada orang ramai.

Jika ada yang mendermakan ayam atau wang yang ada mampu untuk membeli ayam, maka mereka akan makan ayam. Tetapi jika tidak mampu, apa yang ada itulah yang akan dimasak. Dan sebelum ini jika Hari Raya Korban bagi aku hanyalah solat dan sembelih lembu, tapi tidak disini.

img20160930122833 187

Daging dimasak briyani

Walaupun aku tidak sempat merayakannya di sini, namun aku dapat melihat kesan hari raya korban kepada pelarian-pelarian ini, iaitu mereka dapat makan daging. Sebanyak 3,000 kilogram daging korban diterima daripada England dan Perancis oleh dapur. Terlalu banyak daging sehinggakan ia mampu bertahan untuk 6 minggu.

Terpancar kegembiraan di wajah-wajah mereka jika melihatkan pinggan plastik yang diberikan berisi nasi dan daging. Kerana terlalu lapar, ada yang beratur dua kali, jika ada rezeki, dapatlah makan kali kedua.

img20161006180258 717

Walaupun makan nasi briyani daging namun saiz daging yang mereka dapat amat kecil

Barulah aku sedar akan nilai daging korban tersebut yang mana sebelum ini hanyalah seperti daging-daging biasa bagi aku. Bagi mereka, sesuatu yang tidak ternilai.

Tugas cedok nasi menguji emosi

Tugas aku ketika edar makanan adalah cedok nasi. Memang mencabar, bukan sebab susah, sebab kena adil. Lebih-lebih lagi kalau nasi briani. Nama saja nasi briani daging, tapi ada yang dapat nasi dan daging sebesar ibu jari.

Kadang-kadang tak dapat langsung daging, sebab daging hancur. Cedok nasi kena laju, jadi memang tak dapat nak buat apa kalau ter-miss daging. Ikutkan hati nak letak nasi banyak, tapi nanti ada pula yang tak makan. Memang menguji emosi.

serving 946

Aku, Soleh dan Seif sedang bertugas

Lebih kurang satu jam sehingga 2 jam diperlukan untuk memberikan makanan. Jika azan berkumandang, kami akan berhenti dan sambung edarkan makanan selepas solat maghrib. Masjid Umar, terletak betul bersebelahan dapur, jadi ia amat mudah bagi kami.

Penat letih terbalas mengisi perut pelarian

Setelah habis segala makanan, kami mula mengemas. Beberapa tugas diberikan termasuklah mencuci periuk-periuk dan juga mop lantai. Sesudah itu, kami akan makan malam bersama-sama berlantaikan tikar mengkuang. Segala penat lelah bekerja terubat mengingatkan mereka di luar sana mempunyai sesuatu untuk melapik perut.

dsc 0546 555

Rutin makan malam bersama-sama selepas selesai semua urusan dapur

Setelah makan malam, waktu tidur pun tiba. Untuk beberapa 2 minggu, aku tidur di dalam karavan. Bila letih bekerja, letak kepala saja terus terlelap. Antara tidur paling nikmat aku penah rasa adalah di kem ini. Ada hikmahnya.

Hidup mereka teruji, tapi iman masih didada

Azan subuh mengejutkan kami. Aku dan rakan-rakan bangun untuk mengambil wudhu. Cuaca yang sangat sejuk terasa hingga ke tulang. Setiap titik air yang mengenai tubuh membuatkan aku menggigil. Bila basuh kaki, terus rasa macam beku. Tersangat sangat sejuk.

img20160929065902 123

Suasana di dalam Masjid Umar ketika waktu subuh

Kami terus melangkah keluar ke masjid. Tidak menjangkakan jemaah akan seramai itu, membuatkan aku terkejut. Walaupun dengan cuaca yang sangat sejuk, dan mereka yang hidup dalam keadaan serba daif, masih mampu melangkahkan kaki dan hati mereka untuk solat subuh berjemaah di masjid.

Sesungguhnya tawakkal mereka kepada Allah sangatlah tinggi. Aku yang hidup di rumah yang boleh dikatakan selesa dan serba cukup pun sukar untuk melangkah ke masjid. Ia membuatkan aku berasa malu. Bukan sahaja solat subuh, setiap waktu solat masjid ini akan penuh dengan jemaah. Lebih penuh daripada masjid di tempat kita yang aman dan cukup segalanya.

Masjid menjadi penyatu komuniti di kem pelarian

img20161007205728 564 255

Menjelang waktu Maghrib, Masjid Umar akan penuh sehingga ada yang terpaksa menunggu

Sebelum adanya masjid, berlaku satu pergaduhan di kem ini yang agak teruk. Tetapi selepas itu, masjid didirikan dan impaknya kepada masyarakat di sini amatlah besar. Ada yang menangis mendengar laungan azan selepas bertahun tidak mendengarnya. Dan boleh dilihat suasana di dalam kem pelarian ini semakin harmoni. Mungkin kerana rahmat dan hikmah solat berjemaah bersama-sama.

Tugas harian digalas bersama

img20160929115852 322 880

Aku dan Amir sedang memotong ubi

Selesai solat subuh, kami kembali ke bilik. Sempat untuk tidur sekejap sebelum bangun semula untuk memulakan tugas. Jam 9 atau 10, kami memulakan kerja-kerja menyediakan bahan memasak. Sebagai contoh, memotong ayam atau daging, mengupas bawang, serta menyediakan sayuran.

Persediaan ini dengar macam mudah tetapi mengambil masa beberapa jam. Dahulunya ketika tiada mesin-mesin canggih, sukarelawan perlu menggunakan cara manual. Bayangkan mengupas ubi kentang saja mengambil masa 4 jam.

dsc0402 523

Aku dan Razif memotong ayam menjadi ketulan kecil untuk dimasak kari

acap potong ubi 801

Asyraf memotong ubi kentang menjadi ketulan kecil selepas dikupas

Proses memasak nasi dan kari dimulakan lebih kurang jam 12 atau 1 tengahari. Rutin seharian kami hampir sama bermula dari 9 atau 10 pagi sehinggalah semuanya selesai jam 9.30 malam. Dan keesokan harinya, ulang. Memang terasa penat badan, namun apabila memikirkan tenaga yang dikeluarkan dapat mengisi perut yang lapar di luar sana, penat itu terbalas.

img20161010151743 631 524

Solehudin memecahkan hampir 300 biji telur untuk dimasak scrambled egg

dsc0405 377

Am ceria membasuh daging

Penderma dari pelbagai bangsa dan agama

Jika ada penderma dari serata dunia datang untuk memberikan barang dapur, kami akan melayan mereka. Antara barang-barang yang didermakan adalah beras, tomato, kentang, sayuran dan banyak lagi. Pernah sekali beras didermakan sebanyak 3 tan dan ubi kentang sebanyak 2 tan.Kagum aku melihat keprihatinan warga dunia membantu mereka yang dalam kesusahan. Membuktikan sifat kemanusiaan masih belum pupus.

derma ubi kentang 2 tan 27

Pertama kali melihat ubi kentang sebanyak ini dalam hidup aku. Lebih daripada 2,000 kilogram didermakan

Tetapi apa yang agak terpukau dan kenangan melekat dalam hati aku adalah mengenai beberapa orang sukarelawan tetap yang akan datang setiap minggu membawa barang derma. Yang pertama adalah Frankie, yang berasal dari Belgium.

Frankie the Belgian Superman

frankie 851

Frankie the Belgian Superman

Dengan umur melebihi 50 tahun (kalau tak silap), dan dengan kakinya yang seperti tidak stabil, beliau akan datang setiap minggu, merentasi sempadan negara, dari Belgium ke Perancis, membawa roti hasil kutipan yang dibuatnya. Beliau tidak pernah terlepas untuk datang setiap minggu, selama berbulan lamanya, sehinggalah kem itu ditutup. Ia membuatkan aku berasa sangat kagum dan malu.

Walaupun berbeza agama dan kepercayaan, dan ketika orang lain prejudis terhadap Islam, Frankie tidak pernah terlepas untuk datang membantu. Sebelum ini Frankie membantu kem tersebut dengan mengutip sampah di kawasan persekitaran supaya sentiasa bersih. Sanggupkah anda membantu seperti itu? Hebat betul Frankie ni.

SAMBUNG BAHAGIAN 3 : Pemuda Malaysia Ini Kongsi Pengalaman 4 Minggu Hidup Di Kem Pelarian Perancis - Bahagian 3




Hakcipta iluminasi.com (2017)