Oleh pada 15 Jun 2017 kategori

Kredit foto: elle.my

Tidak dinafikan penampilan aktres Fazura dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella (HSC) mempunyai aura dan daya tarikannya yang tersendiri.

Ditambah pula dengan penampilan bertudungnya, memang sejuk mata memandang dibuatnya. Sememangnya Fazura antara selebriti wanita yang sentiasa kelihatan chic dan bersahaja dalam sebarang imej yang dikenakannya.

Bagaimanapun baru-baru ini aktres tersebut telah memuat naik beberapa keping foto yang menimbulkan kemarahan kepada para pengikut Instagramnya. 

netizen selar sesuatu yang tidak kena pada foto ini 1a

netizen selar sesuatu yang tidak kena pada foto ini 1b

netizen selar sesuatu yang tidak kena pada foto ini 1c

netizen selar sesuatu yang tidak kena pada foto ini 1d

Kredit foto: Instagram Fazura 

Rata-rata menyedari akan sesuatu yang tidak kena pada imej beliau kali ini. Yalah, sudah manis bertudung dan berbaju kurung, namun gara-gara tudung yang tidak labuh membuatkan "aset wanita" aktres berkenaan jelas terdedah. 

netizen selar sesuatu yang tidak kena pada foto ini 3

Kredit foto: Beautifulnara 

Kebanyakan netizen sependapat tentang perkara tersebut. Bagaimanapun ada juga sesetengah yang menolak cara teguran yang diberikan oleh beberapa komen kerana dianggap kasar dan keterlaluan. 

netizen selar sesuatu yang tidak kena pada foto ini 4

Kredit foto: Beautifulnara 

Selebriti juga adalah manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Sempena bulan baik ini tidak salah menegur dengan cara berhemah, bukan? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)