Oleh pada 14 May 2017 kategori

Berikut adalah beberapa fakta tentang tubuh badan kita yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ini.

Fakta Mengenai Jantung 

Jantung kita berdegup tanpa henti setiap saat untuk mengedarkan darah ke seluruh tubuh badan kita. Secara fizikalnya, jantung adalah sebuah pam yang berada di dalam sistem yang tertutup. Darah kita hanya berlegar di dalam badan kita sahaja.

jantung

Oleh kerana darah perlu sampai ke urat dan hujung kapilari yang halus, jantung perlu menghasilkan tekanan yang tinggi untuk membolehkan darah kita sampai ke bahagian yang memerlukan.

Fakta: Tekanan yang dihasilkan oleh jantung kita sangat tinggi hingga boleh memancutkan darah setinggi 10 meter ke udara.

Fakta Mengenai Waktu Tidur

Kita memerlukan tidur yang secukupnya agar tubuh badan kita boleh berfungsi dengan sempurna. Pakar kesihatan mengesyorkan agar kita tidur antara 6 ke 8 jam setiap hari. Namun begitu, ada orang yang hanya memerlukan 3 atau 4 jam waktu tidur dalam sehari.

sleep

Fakta: Sekiranya kita tidur selama 8 jam setiap hari, dan kita hidup sehingga umur kita 60 tahun, kita akan menghabiskan 20 tahun hidup kita hanya untuk tidur.

Fakta Mengenai Mata

Setiap minit, kita akan mengerdipkan mata sebanyak 15 kali secara purata. Kerdipan mata ini sangatlah pantas dan hanya mengambil masa lebih kurang 300 ke 400 milisaat. Di dalam setiap saat ada 1000 milisaat. Bolehlah dikatakan yang kepantasan kerdipan mata kita adalah 1/3 saat.

mata 969

Fakta: Sekiranya kita hidup sehingga umur kita 60 tahun, kita akan menghabiskan 13 tahun hidup kita dalam keadaan mata tertutup. Ditambah dengan tempoh 20 tahun menutup mata semasa tidur, maka kita sebenarnya akan hidup dalam keadaan mata tertutup selama 23 tahun. Wow..

Fakta Mengenai Kulit 

Kulit sebenarnya adalah organ yang penting kerana ia melindungi bahagian dalaman tubuh kita dari unsur-unsur luar seperti bakteria, pencemaran dan bahan kimia berbahaya. Ia juga membantu dalam proses mengawal suhu badan kita melalui proses perpeluhan.

Kulit kita dan segala reseptor yang ada padanya merupakan gerbang kita kepada dunia, dan membolehkan kita merasa sejuk, panas, sakit, tekanan, sentuhan dan berbagai lagi. Apabila kita menyentuh sesuatu, isyarat akan dihantar ke otak melalui sistem saraf kita dengan kelajuan 150 kilometer sejam.

kulit 592

Fakta: Lebih kurang 16 peratus daripada berat badan kita adalah kulit kita sahaja. Setiap hari sekitar 40 juta sel kulit mati akan luruh daripada tubuh badan kita dan menjadi habuk. Mengikut perkiraan, seorang manusia akan meninggalkan sekitar 20 kilogram sel kulit mati sepanjang hidupnya

Nah..sekarang anda sudah ada extra point untuk bersembang dengan lebih ilmiah dengan kawan-kawan anda nanti. Jangan lupa SHARE untuk iluminasikan lebih ramai orang.

Sumber Rujukan: Buku 5000 Fakta Menarik Tentang Semua Benda, Discovery 


tags : , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)