Jika dalam artikel sebelum ini kami telah berkongsi bagaimana kanser boleh terjadi, kali ini kami akan bantu kongsikan maklumat mengenai faktor yang menyebabkan kanser.

makanan segera penyebab kanser 630

Mutasi gen

Kita sudah tahu bahawa kanser boleh berlaku apabila berlaku perubahan sel dalam badan. Sel-sel gen dalam tubuh ini boleh termutasi oleh dua faktor iaitu:

1. Dilahirkan dengan sel gen termutasi

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seseorang individu mungkin mempunyai sel gen termutasi sejak lahir kerana sel ini boleh diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anak. Walau bagaimanapun, mutasi sel gen dalam kategori ini tidak banyak berlaku berbanding kategori berikutnya.

2. Mutasi sel gen selepas dilahirkan

Majoriti perubahan sel gen berlaku selepas dilahirkan dan tidak diwarisi daripada ibu bapa. Banyak faktor yang menyebabkan mutasi gen, seperti merokok, radiasi, virus, bahan kimia karsinogen, obesiti, hormon, inflamasi kronik dan kurang aktiviti bersenam.

pesakit kanser 693

Mari kita kupas lebih lanjut apa yang menyebabkan mutasi gen kategori kedua ini sehingga menyebabkan ramai orang menderita pelbagai jenis penyakit kanser.

#1 Merokok

Menurut Cancer Research UK, ini merupakan faktor utama penyumbang kanser yang boleh dielakkan. Di United Kingdom sahaja, ia merupakan punca 28% kematian kanser dan 1 daripada 5 kes kanser. Hal ini demikian kerana kandungan berbahaya dalam rokok seperti benzene dan nitrosamines boleh mengubah DNA dalam badan sehingga menyebabkan kanser.

berhenti merokok untuk mengelakkan kanser

Tabiat merokok bukan hanya menyebabkan kanser, malah ia juga menyebabkan kematian yang berpunca daripada masalah lain seperti komplikasi jantung dan paru-paru. Jika trend kes kematian akibat merokok ini semakin meningkat, WHO telah membuat anggaran yang merokok menyebabkan 1 bilion kematian di seluruh dunia sepanjang abad ke-21.

merokok menyebabkan 14 jenis kanser

Tabiat merokok bukan sahaja menyebabkan kanser paru-paru, malah ia boleh menyebabkan berlakunya 13 lagi jenis kanser! Walau bagaimanapun, kanser paru-paru mempunyai kadar survival yang paling rendah berbanding kanser-kanser lain. Jadi, berhentilah merokok serta-merta.

#2 Pemakanan yang tidak sihat

Pemakanan yang tidak sihat menyebabkan obesiti yang merupakan faktor kedua terbesar punca penyakit kanser selepas merokok. Tabiat pemakanan yang buruk boleh menyebabkan 6 jenis kanser iaitu kanser mulut, tekak, larinks, paru-paru, perut dan usus.

makanan segera penyebab kanser

Para saintis masih lagi membuat kajian menyeluruh tentang jenis-jenis makanan yang menyebabkan kanser. Namun, mereka telah mengenal pasti salah satu punca terbesar adalah daging yang diproses.

daging yg diproses punca kanser

Kita boleh lihat hari ini penjualan makanan segera seperti burger, nugget, sosej dan sebagainya yang laku bagai pisang goreng panas akibat kesibukan tinggal di bandar. Ramai ibu bapa misalnya mengambil langkah menyuapkan anak-anak dengan makanan ini setiap hari tanpa menyedari mereka boleh mengakibatkan anak itu terkena kanser.

Amalan memakan sayur, makanan tinggi fiber dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko terkena kanser.

#3 Kurang senaman dan aktiviti fizikal

Tahukah anda senaman boleh mengurangkan risiko penyakit kanser payudara, rahim, dan usus?

Sekiranya anda tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal, ia akan memberi kesan kepada jumlah hormon dalam badan. Hormon amat penting kerana ia memberi isyarat dan arahan pada tubuh dan sel. Tubuh badan yang aktif boleh mengubah tahap hormon termasuklah estrogen dan insulin.

mengekalkan gaya hidup aktif boleh mencegah kanser payudara dan kanser rahim

Bagi wanita, kecergasan badan boleh mengurangkan kadar estrogen dalam badan. Kadar estrogen yang tinggi inilah yang sering dikaitkan dengan tercetusnya kanser payudara dan kanser rahim. Jadi, merendahkan nilai estrogen boleh mengurangkan risiko kanser pada orang perempuan.

#4 Matahari dan sinaran UV

Menurut Jabatan Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur, kanser kulit merupakan kanser yang kesepuluh paling biasa terjadi di Malaysia.

Tahukah anda, walaupun sekali sahaja dalam masa dua tahun anda terdedah kepada selaran matahari (tanpa perlindungan), ia sudahpun menggandakan risiko anda terkena penyakit kanser kulit sebanyak tiga kali!

sinaran uv boleh menyebabkan kanser berjemur tanpa perlindungan sunscreen

Sinaran UVA dan UVB boleh menyebabkan kerosakan sel pada kulit yang akan termutasi hasil daripada sunburnt. Situasi ini amat berbeza dengan kulit terbakar atau melecur yang disebabkan oleh api. Tonton video penerangan mudah ini untuk memahami bagaimana sinaran UVA dan UVB menyebabkan kanser:

Pastikan anda sentiasa memakai perlindungan apabila keluar pada hari yang panas. Baca artikel ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai kepentingan sunscreen.

#5 Pencemaran

Walaupun merokok merupakan punca utama kanser paru-paru, pencemaran udara di luar rumah juga boleh meningkatkan risiko terkena kanser paru-paru.

Pada tahun 2013, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) telah mengumpulkan panel pakar untuk menyelidik kaitan antara pencemaran udara dengan kanser. Panel pakar ini kemudian telah bersetuju bahawa pencemaran udara sememangnya boleh menyumbangkan kanser kepada manusia.

jerebu pencemaran boleh menyebabkan kanser paru paru

Mereka juga mendapati partikel zarah halus yang dipanggil Particulate Matter atau PM 2.5 boleh menyebabkan kanser. Disebabkan inilah kita diwajibkan memakai topeng muka semasa berlakunya kejadian jerebu teruk dalam negara.

4 daripada 10 kes kanser sebenarnya boleh dicegah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah ubah pemikiran, tabiat dan gaya hidup.

Rujukan:

1. Mayo Clinic

2. American Cancer Society

3. Cancer Research UK

4. Jabatan Dermatologi, HKL




Hakcipta iluminasi.com (2017)