Oleh pada 07 Jun 2017 kategori

sleepy1 new

Tidur merupakan satu perkara yang amat penting di dalam hidup kita. Pernahkah anda mengalami satu keadaan di mana ketika anda bangun daripada tidur, anda berasa letih dan tidak bermaya? pernahkah anda mengalami masalah kepenatan yang melampau walaupun anda tidur awal pada malam sebelumnya? Ketahuilah bahawa anda memerlukan tidur yang optimum bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan tenaga yang cukup untuk digunakan pada hari esok.


Jangan cas telefon bimbit di dalam bilik

img 563bdf836d329

Sekiranya terdapat banyak barang dan mainan anak-anak di dalam bilik anda, ia dapt mengurangkan produktiviti otak anda. Hal ini kerana, bilik tidur merupakan tempat yang khas untuk berehat setelah penat bekerja seharian suntuk. Bilik tidur merupakan ruangan khas untuk berehat sepenuhnya. Percaya atau tidak, sekiranya anda mengecas telefon bimbit anda di dalam bilik tidur anda sebelum anda tidur, anda tidak akan tidur dengan optimum kerana sebahagian daripada otak anda masih "terjaga" untuk berfungi membangunkan anda bagi mematikan suis telefon tersebut. Oleh hal yang demikian, tidur anda akan terganggu sekaligus mengurangkan kadar optimum tidur anda.

Menurut Dr. Philip Gehrman, set minda anda bahawa bilik tidur adalah untuk tidur. Sekiranya anda masih juga mahu membawa telefon bimbit anda ke dalam bilik, pastikan ia di dalam mod senyap supaya otak anda tidak akan terganggu dengan bunyi dan kesan getaran telefon bimbit tersebut.


Pastikan suhu bilik anda sesuai

maxresdefault 198

Suhu merupakan salah satu faktor yang paling penting bagi memastikan anda mendapat tidur yang cukup dan optimum. Anda tidak boleh tidur dalam keadaan yang panas dan juga dalam keadaan yang terlalu sejuk. Oleh itu, kenal pasti kesesuaian dan keselesaan diri anda untuk mendapatkan tidur yang optimum. Keluarkan sedikit belanja untuk memasang pendingin hawa sekiranya bilik anda terlalu panas sehingga menyebabkan tidur anda terganggu.


Elakkan menggunakan telefon bimbit sebelum tidur

a 476

Sebagaimana yang anda tahu, telefon bimbit akan menghasilkan "blue light" yang akan menyebabkan mata anda sukar untuk tidur. Menurut satu penyelidikan yang dijalankan di Complutense University, Madrid, Sepanyol, cahaya blue light yang dihasilkan oleh telefon bimbit dapat menyebabkan kerosakan pada retina mata secara kekal. Hal ini demikian kerana, menurut Dr. Celia Sánchez-Ramos, cahaya blue light mempunyao tenaga yang tinggi namun gelombangnya amat pendek. Sekiranya cahaya ini terkena pada mata kita, ia akan menyebabkan gangguan untuk tidur sekaligus kerosakan pada anak mata.

blue light filter

Sekiranya anda mempunyai urusan yang penting yang perlu dilakukan pada waktu malam, anda boleh menggunakan aplikasi blue-light filter yang terdapat di Google Playstore dan Apple Appstore dan boleh dimuat turun secara percuma!.



tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)