Adakah anda mengkategorikan diri anda sebagai seorang yang baik hati? Ataupun, adakah di sekeliling anda terdapat individu yang baik hati? Adakah mereka sebenarnya gembira, atau berada dalam kesedihan dan kemurungan?

Apabila anda memikirkan tentang orang yang baik hati dalam hidup anda, anda mungkin melihat mereka sebagai seorang yang telus, tidak berpura-pura, suka membantu dan juga sentiasa gembira. Baik hati adalah sifat peribadi yang sangat bagus, namun, kerap kalinya ia mempunyai sisi gelapnya pada individu tersebut, yang mana ramai orang tidak nampak dari mata kasar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kemurungan

Kadang-kadang sifat baik hati tak berbelah bagi terhadap orang lain boleh membuatkan seseorang itu tidak sedar bahawa mereka telah mengabaikan diri mereka sendiri. Kehendak mereka, keperluan mereka dan kebahagiaan mereka diketepikan semata-mata untuk membuatkan orang lain berasa senang hati dan gembira.

Ini beberapa sebab yang membuatkan orang baik hati selalu tertekan dan murung :

1. Orang yang baik hati terlalu mahu menggembirakan orang lain

menggembirakan orang lain

Orang yang baik hati sentiasa berusaha untuk menggembirakan orang lain. Mereka sanggup menyusahkan diri sendiri untuk membantu seseorang, yang mana boleh membuatkan orang yang suka mengambil kesempatan untuk memijiak kepala mereka.

Apabila orang lain menyedari bahawa anda lebih rela menggembirakan mereka daripada menggembirakan diri sendiri, mereka akan menganggap anda seperti tidak berkemampuan untuk menyumbang apa-apa. Mereka akan mula menolak pendapat dan idea anda, yang akan membuatkan anda meragui dan tidak yakin pada diri sendiri.

Sangatlah penting untuk tahu bahawa anda boleh berbuat baik kepada orang dan juga memberikan pendapat anda. Pegang kepada prinsip anda, kongsikan pendapat serta buatkan orang supaya menghormati anda. Yang paling penting, anda perlu hormat diri sendiri. Jangan biarkan orang lain berfikiran yang perasaan anda tidak perlu diambil peduli.

2. Orang yang baik hati membiarkan orang lain menentukan siapa diri mereka

jangan biarkan orang lain tentukan siapa anda

Orang yang baik hati boleh terperangkap dalam tabiat seperti hidup dalam kehidupan orang lain.

Mereka belajar bersungguh-sungguh untuk menggembirakan ibu bapa, bekerja siang malam sehinggakan perkara lain terabai hanya kerana ingin memuaskan hati bos, keluar melepak dengan rakan-rakan ketika mereka perlu mengulangkaji pelajaran hanya kerana ingin menggembirakan rakan-rakan mereka, atau keluar berbuat sesuatu yang boleh merosakkan masa depan mereka dengan pasangan mereka hanya untuk menggembirakan ahli keluarga. Akhirnya mereka terperangkap dalam kehidupan yang mereka gagal nikmati.

Setiap langkah yang mereka lakukan adalah impian orang lain. Ini boleh menyebabkan kemurungan dan kebencian.

Menyayangi diri sendiri bukan lah sesuatu yang mementingkan diri sendiri. Baik hati tidak semestinya anda perlu lakukan semua perkara yang orang lain mahukan, setiap masa. Ia amat penting untuk mengejar impian anda dan cipta sebuah kehidupan yang boleh menggembirakan anda. Keluarga dan rakan-rakan anda mempunyai hidup mereka sendiri. Jangan biarkan mereka mengawal setiap gerak-geri dalam hidup anda.

3. Orang yang baik hati akan sentiasa berbuat baik, walaupun atas sebab yang salah

betulkan niat

Kadang-kadang kita berbuat baik atas dasar dan sebab yang salah. Berbuat baik kerana anda mahukan diri anda disukai atau untuk mendapatkan penerimaan seseorang atau masyratkat akan membuatkan anda bersedih di kemudian hari. Kadang-kadang kita hanya inginkan semua perkara menjadi mudah dengan berbuat baik.

Malangnya berbuat baik hanya untuk disukai adalah bertentangan dengan niat baik itu sendiri. Berbuat baik sangatlah menyenangkan hati jika niat asal datang daripada hati yang ikhlas, dan akan membuatkan anda tidak kisah kepada hasil yang anda terima. Dan berbuat baik kerana sebab yang tidak betul boleh membuatkan anda berakhir dengan putus asa setiap masa. Ini akan menyebabkan kepahitan dalam hidup, keletihan, dan menyebabkan tekanan perasaan.

Sumber asal : I Heart Intelligence




Hakcipta iluminasi.com (2017)