Oleh pada 16 Aug 2017 kategori

Pada 31 Ogos 1994, 23 tahun yang lalu, di saat rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut hari kebangsaan Malaysia yang ke-37, satu rompakan yang menggemparkan telah berlaku di mana sejumlah jongkong emas bernilai lebih USD 3 juta (RM12.84) juta telah dilarikan oleh perompak yang digelar Geng Mamak.

Apa yang lebih mengejutkan, rompakan itu berlaku di gudang kargo yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di Malaysia iaitu Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Ia dianggap sebagai satu rompakan yang paling berani di Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tarikh itu memang sengaja dipilih kerana ketika ini, Polis Diraja Malaysia sedang sibuk dengan menguruskan persiapan keselamatan majlis hari kebangsaan yang bakal dihadiri oleh perdana menteri.

jongkong emas

Menggunakan kesempatan ini, Geng Mamak membuat satu perancangan yang sangat halus dan licin, yang diketuai oleh 5 adik beradik iaitu Mohamed Noor, Rozlan, Sharif, Yusof dan Amirudin Abu Bakar yang berasal dari Kuala Kangsar serta mempunyai darah kacukan Sri Lanka.

Sama ada kebetulan atau suratan, hampir kesemua 14 penjenayah ini adalah bersaudara.

1. Rompakan jongkong emas oleh Geng Mamak - 1994

Pada jam 5.00 pagi, persiapan yang dilakukan oleh PDRM tersentak akibat penerimaan berita yang sangat mengejutkan itu. Menurut Pegawai Penyiasat Azizan Anan, perkara seperti ini tidak pernah berlaku sepanjang kariernya dalam PDRM kerana kawasan yang dirompak dikawal dengan sangat ketat dan rompakan tersebut sudah tentu dirancang dengan sangat rapi dan teliti.

Ketika sampai di tempat kejadian, 3 pengawal keselamatan telah tewas dan terikat. Lebih mengejutkan, pengawal keselamatan tersebut memberitahu bahawa, penjenayah yang melakukan rompakan tersebut adalah anggota polis.

Ia membuatkan Penolong Pegawai Penyiasat, Superitendan Amidon Anan, yang juga merupakan adik kepada Azizan Anan, berasa curiga dan ragu-ragu.

geng mamak che lah din rashid kulup muhamad

Che Lah Din dan Rashid Kulup Muhamad

geng mamak mohd ali mohd redzuan pandak osman

Adik beradik Mohd Ali dan Mohd Redzuan Bin Pandak OsmanĀ 

geng mamak amiruddin abu bakar anuar osman

Amiruddin Abu Bakar dan Anuar Osman

mohamed noor abu bakar 355

Mohamed Noor Bin Abu Bakar (Otai atau ketua geng mamak)

geng mamak nazrulhizam mohd sharif

DIBURU : Nazrulhizam Bin Mohd Ramli (kiri) dan Mohd Sharif Bin Abu Bakar

geng mamak khairul affendie azizul azreen

DIBURU : Khairul Affendie dan Azizul Azreen

Beliau yang meminta untuk melihat rakaman CCTV, percaya bahawa mereka adalah anggota polis, namun masih ada yang tak kena. Mata Amidon yang sangat tajam melihat gerak geri perompak-perompak tersebut, dan percaya, mereka bukan anggota polis, tetapi perompak yang berpakaian seragam polis.

Rompakan terbesar ketika itu, hanya mengambil masa 20 minit sahaja bermula dari memasuki kawasan kargo hingga melenyapkan jongkong emas tersebut. Perancangan yang rapi itu termasuklah mengetahui bila masa yang sesuai untuk melakukan rompakan di mana ramai kakitangan bercuti ketika sambutan hari kebangsaan.

adik beradik anan

Amidon dan Azizan Anan

Masih tak percaya dengan kejadian itu, pihak polis tidak percaya ada kumpulan tempatan yang berani melakukan jenayah sebegitu, dan menyangkakan ianya adalah sindiket antarabangsa.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir telah memberi komen mengenai perkara tersebut dan mempersoal kredibiliti dan ketanggungjawaban pihak berkuasa.

"Kalau jongkong emas pun boleh hilang, tak mustahil kapal terbang juga boleh hilang," kata Tun Mahathir.

Ia memberikan satu tamparan yang sangat hebat terhadap PDRM. Ingin membaiki maruah dan nama PDRM, mereka telah menubuhkan satu unit pengintip bagi menyiasat siapa pelaku rompakan ini dan di mana mereka berada.

Selepas melakukan penyiasatan, mereka tidak menemui bukti untuk mengaitkan rompakan itu dengan mana-mana kumpulan antarabangsa, yang menyebabkan mereka berubah hala menyiasat dan mengkaji semula kes rompakan yang dilakukan di Malaysia oleh kumpulan tempatan.

pemburuan geng mama

Selepas menemubual mangsa-mangsa rompakan lalu, satu profil telah muncul, di mana wajah-wajah mereka yang kemungkinan melakukan rompakan ini, telah dikenalpasti. Disebabkan wajah mereka yang seakan-akan mamak, pihak polis menggelarkan mereka sebagai Geng Mamak.

geng mamak 546

Rosland Abu Bakar (kiri) Mohamad Yusof Abu Bakar (kanan)

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dalam masa 11 tahun iaitu dari 1995 hingga 2006, dengan kecekapan dan kegigihan PDRM memburu Geng Mamak, akhirnya kesemua 14 ahli kumpulan mereka telah berjaya diberkas.

Apa yang lebih menarik, Geng Mamak yang diketuai oleh 3 adik beradik telah berjaya ditumpaskan oleh dua penyiasat polis yang juga merupakan adik beradik, iaitu Azizan dan Amidon Anan.

2. Rompakan mikrocip di Batu Maung - 2006

Pada November 2006, negara dikejutkan dengan kes rompakan terbesar di Malaysia yang berlaku di sebuah gudang di Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung . Rompakan itu melibatkan 20 individu yang merompak mikrocip dan komponen yang telah menyebabkan kerugian bernilai di antara RM40 hingga RM50 juta.

rompakan kompleks kargo udara kedua

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi di mana 2 buah lori kontena dipandu masuk ke zon tersebut. Lori kontena dipandu masuk melalui lorong Zon Bebas MAS tanpa berhenti untuk menjalani peperiksaan keselamatan. 4 daripada mereka berpakaian lengkap RELA termasuk bip kuning.

Sampai di gudang, 4 perompak tersebut mengumpulkan 17 pekerja yang ada di gudang tersebut. Dengan muslihat yang licik, perompak tersebut mengatakan mereka mahu menjalankan ujian air kencing bagi penyalahgunaan dadah. Pekerja-pekerja tersebut yang berasa curiga lantas meminta untuk melihat dokumen pengenalan.

Berang dengan permintaan itu, 4 perompak itu kemudiannya membuka kedua-dua lori kontena dimana 16 perompak lagi yang bertopeng dan bersenjatakan parang meluru keluar. Bagi memudahkan kerja rompakan mereka, 17 pekerja tersebut dipaksa untuk meminum cecair mengandungi klorofom. Tindakan itu membuatkan pekerja-pekerja itu muntah-muntah dan ada yang pengsan.

kontena

Pihak polis percaya bahawa ianya adalah kerja orang dalam kerana rompakan yang berlaku adalah sangt lancar dan tepat pada waktunya. Laporan mengatakan mereka sememangnya mensasarkan mikrocip dan komponen komputer itu sahaja kerana terdapat barangan berharga yang lain namun tidak diendahkan oleh perompak tersebut.

Mikrocip dan komponen tersebut di hantar dari sebuah kilang ke gudang sebanyak 3 penghantaran, sehari sebelum rompakan berlaku. Lebih menarik, rompakan tersebut berlaku kurang daripada 2 jam selepas penghantaran terakhir dibuat.

Selepas kesemua barangan rompakan dimasukkan ke dalam lori kontena, mereka kemudiannya menghancurkan kamera CCTV dan mengambil kasetnya.

Menghala keluar dari zon itu, mereka berhenti di pusat pemeriksaan dan menyerang pegawai kastam serta pemandu lori di kaunter tersebut. Mereka kemudiannya menghala ke pondok pengawal dan menghancurkan telefon bagi memberikan masa untuk mereka meloloskan diri.

5 hari selepas kejadian rompakan tersebut, pihak polis telah menemui 2 buah lori kontena yang dipercayai digunakan dalam rompakan tersebut dengan nombor pendaftaran PGG 7026 dan PGF 5806 di Nibong Tebal.

Pihak berkuasa kemudiannya berjaya menahan beberapa suspek yang dipercayai terlibat secara langsung dalam rompakan ini.

Namun apabila ditanya sama ada identiti individu atau kumpulan yang terlibat telah dikenal pasti atau belum, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ketika itu, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, "Kes ini masih disiasat dan jika saya beritahu siapa, mereka akan lari,".

Pada Disember 2006, pihak polis membebaskan dua suspek terakhir secara tanpa syarat, menjadikan kesemua suspek yang ditahan untuk membantu siasatan dibebaskan.

geng mamak kumpulan perompak malaysia

Ramai menyangka kes rompakan mikrocip ini juga dilakukan oleh geng mamak. Sebenarnya bukan. Dua kumpulan berbeza dalam kes berbeza

Jadi, ini bermakna tiada lagi suspek yang disiasat berhubung kes membabitkan kerugian RM40 juta ini.

Pihak berkuasa memberitahu mereka tak dapat didakwa di mahkamah kerana tiada bukti fizikal yang boleh mengaitkan suspek dengan kes ini, disebabkan oleh sebahagian daripada mikrocip yang dirompak telah dieskport ke luar negara.

Disebabkan kekurangan sumber, tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya menjadi pengakhiran kepada kes rompakan ini sehingga kini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)