Setiap tahun, Forum Ekonomi Sedunia (WEF) akan mengeluarkan Laporan Indeks Daya Saing berdasarkan data ekonomi sesebuah negara. Maklumat-maklumat ini akan dikumpulkan sepanjang tahun dan dianalisis untuk menyediakan senarai top ranking bagi beberapa kategori.

Berikut merupakan ranking bagi sistem pendidikan terbaik di seluruh dunia pada tahun 2016. Anda pasti terkejut kerana Amerika dan United Kingdom tidak tersenarai pun dalam 11 negara terbaik!

school


#9 - Jepun, Barbados & New Zealand

Jepun

Jepun merupakan salah sebuah negara terbaik dalam celik huruf, sains dan matematik dalam kumpulan Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Pelajar akan melalui enam tahun sekolah rendah, tiga tahun sekolah menengah rendah dan tiga tahun sekolah menengah sebelum mereka ke alam universiti. Sekolah menengah adalah tidak diwajibkan namun jumlah penduduk yang berdaftar adalah hampir 98%

jepun


Barbados

Kerajaan Barbados telah melaburkan wang yang banyak untuk pendidikan. Kadar celik huruf adalah 98% iaitu salah satu kadar yang tertinggi di dunia. Sekolah rendah bermula dari usia 4 hingga 11 tahun dan sekolah menengah pada usia 11 hingga 18 tahun. Majoriti sekolah ditadbir oleh kerajaan negeri.

New Zealand

Persekolahan diwajibkan bagi semua murid berumur 6 hingga 16 tahun. Terdapat tiga jenis sekolah menengah di New Zealand iaitu sekolah kebangsaan, sekolah integrasi kebangsaan dan sekolah swasta.


#8 - Estonia

sekolah estonia


Pada tahun 2015, negara ini telah membelanjakan hampir 4% daripada keluaran dalam negara kasar (GDP) untuk pendidikan. Menurut Akta Pendidikan Estonia yang berkuatkuasa pada tahun 1992, matlamat utama pendidikan negara itu ialah untuk mewujudkan keadaan yang baik untuk pembangunan personaliti, keluarga dan Estonia; menggalakkan pembangunan etnik minoriti, kehidupan ekonomi, politik dan budaya di Estonia dan pemeliharaan alam semula jadi dalam konteks ekonomi dan budaya global; mengajar nilai-nilai kewarganegaraan; dan menetapkan prasyarat bagi mewujudkan tradisi pengajian sepanjang hayat di seluruh negara.


#6 - Ireland & Qatar

Ireland

Kebanyakan sekolah menengah di Ireland adalah sekolah swasta tetapi ada juga sekolah kebangsaan yang komprehensif dan sekolah vokasional. Walau bagaimanapun, satu laporan baru-baru ini menunjukkan bahawa perbelanjaan Ireland untuk pendidikan telah jatuh sebanyak 15% semasa kemuncak krisis kewangan dari 2008-2013, menunjukkan sistem pendidikannya boleh terjejas pada masa akan datang.

irish


Qatar

Laporan BBC pada tahun 2012 menunjukkan Qatar telah menjadi salah satu negara paling penting dalam bidang inovasi pendidikan. Qatar telah berbelanja besar untuk meningkatkan taraf pendidikan sebagai sebahagian daripada program Wawasan 2030 bagi menjadikan ia sebuah negara yang mampu diri. 

Sekolah yang dibiayai oleh kerajaan menawarkan pendidikan percuma tetapi hanya kepada rakyat Qatar dan kebanyakan warga asing lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta.


#5 - Netherlands

dutch


Satu kajian UNICEF pada 2013 mendapati kanak-kanak Belanda adalah golongan yang paling bahagia di dunia. Sekolah kebiasaannya tidak memberikan pelajar kerja rumah yang banyak sehingga peringkat menengah. Pelajar juga tidak banyak melaporkan tentang tekanan perasaan.

Sekolah dibahagikan kepada sekolah agama dan sekolah kerajaan. Tidak banyak sekolah swasta didirikan di Belanda.


#4 - Singapura

Singapura mendapat skor yang sangat tinggi dalam ujian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang menilai dan membandingkan prestasi pelajar dalam negara berlainan. Walau bagaimanapun, sistem sekolah di sini juga telah digelar sebagai "periuk tekanan" di mana ia dikatakan telah memberikan terlalu banyak tekanan kepada pelajar walaupun pada usia muda.


#2 - Belgium & Switzerland

Belgium

Terdapat 4 jenis sekolah menengah berbeza di Belgium iaitu sekolah menengah umum, sekolah menengah teknik, sekolah pendidikan vokasional dan institusi pendidikan menengah seni.

Suruhanjaya Fulbright di Amerika Syarikat, yang menganjurkan pertukaran pelajar dengan Belgium dan Luxembourg berkata bahawa pendidikan merupakan keutamaan yang tinggi di Belgium dan mempunyai peruntukan belanjawan yang paling besar setiap tahun. 

Sekolah yang bersistem lengkap sama ada yang dibiayai kerajaan atau swasta disediakan untuk semua kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 18. Yuran yang dikenakan pula adalah pada tahap minima atau diberikan secara percuma.

Switzerland

swiss


Hanya 5% kanak-kanak menghadiri sekolah swasta di negara ini. Kelas diajar dalam bahasa yang berbeza bergantung kepada daerah di negara ini yang mempunyai bahasa pengantar seperti Jerman, Perancis atau Itali. Setelah memasuki sekolah menengah, pelajar akan dibahagikan mengikut keupayaan dan minat masing-masing.


#1 - Finland

finland


Finland tidak pernah gagal mendahului carta sistem pendidikan dan dikenali kerana tidak mempunyai sistem penjurusan atau streaming. Semua murid diajar dalam kelas yang sama tanpa mengira kebolehan masing-masing. Tiada jurang antara pelajar lemah dan pelajar pintar.

Sekolah di Finland juga jarang memberikan kerja rumah dan cuma ada satu peperiksaan sahaja yang wajib diambil pada usia 16 tahun.

 


Rasa wow, kan? Seronoknya kalau tak ada homework!


tags : , , , , , , , , ,








/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)