puteri kerabat diraja tercantik dunia


Sebelum bermula, kami mencadangkan anda pasang lagu 'Bagaikan Puteri' nyanyian Farra sambil membaca artikel ini. Pasti ramai di kalangan para gadis di luar sana yang pernah bermimpi untuk menjadi puteri raja sewaktu kecil dahulu. Hidup serba mewah di istana besar tanpa memikirkan soal kewangan yang kita sering hadapi.


Namun, dilahirkan sebahagian dari keluarga diraja bukanlah tiket untuk mereka mewarisi gelaran tersebut sewenang-wenangnya. Sebaliknya, suatu tanggungjawab terpaksa digalas untuk sentiasa menjada kredibiliti dan keterampilan golongan diraja.


Jom kita semak senarai 10 puteri dan kerabat diraja paling jelita dan mendapat perhatian seluruh dunia.


1) Puteri Mathilde Melusine Ruspoli (Cerveteri)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 1


Merupakan antara puteri diraja muda yang terkenal kerana kecantikannya, Puteri Mathilde merupakan anak kepada mendiang Alessandro Ruspoli, Putera Kesembila Cerveteri. Malah, wajah beliau juga pernah menghiasi muka hadapan majalah terkemuka, Ferragamo sewaktu berusia 19 tahun.


2) Puteri Charlotte Marie Pomeline Casiraghi (Hanover)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 2


Biarpun dirinya anak kedua kepada Puteri Monaco, Puteri Caroline, Puteri Charlotte selesa menggalas tanggungjawab sebagai seorang editor, wartawan dan pengasas bersama Above Magazine. Jangan terkejut, beliau sebenarnya pernah tersenarai antara salah seorang yang memegang gelaran 'Most Eligible Young Woman' pada seawal usia 16 tahun!


3) Puteri Salwa Aga Khan (Geneva)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 3


Pemilik nama asal Kendra Spears ini memeluk agama Islam selepas mendirikan rumahtangga bersama Putera Rahim Aga Khan. Beliau merupakan seorang bekas peragawati selain pernah menjayakan pentas label terkemuka seperti Hermes, Gucci, Valentino dan Lanvin.


4) Permaisuri Rania Al Abdullah (Jordan)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 4


Meskipun sudah mencecah usia 46 tahun, kejelitaan Permaisuri Rania sememangnya sukar disangkal. Mana tidaknya, beliau juga pernah dinobatkan sebagai 'First Lady Paling Cantik Dunia' pada tahun 2011.


5) Puteri Charlene (Monaco)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 5


Puteri Charlene yang kini berusia 39 tahun adalah seorang bekas perenang Olimpik Afrika Selatan. Beliau bertemu jodoh dengan Raja Albert II dan dikurniakan dua orang anak.


6) Puteri Ameera Aidan Nayef Al-Taweel (Arab Saudi)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 6


Berkahwin dengan Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal, Puteri Ameera kini berumur 34 tahun. Beliau seringkali melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan sehingga menjadi Naib Presiden Yayasan Al-Waleed bin Talal.


7) Jetsun Pema Wangchuck (Bhutan)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 7


Permaisuri Jetsun Pema baru berusia 26 tahun dan merupakan isteri kepada Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck. Walaupun berwajah ayu, beliau sebenarnya gemar bermain sukan bola keranjang selain mempunyai minat yang mendalam terhadap seni lukis dan muzik. Sewaktu zaman persekolahannya, beliau pernah menjadi kapten pasukan bola keranjang. 


8) Puteri Catherine Elizabeth (United Kingdom)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 8


Lebih dikenali dengan nama Kate Middleton, wanita berumur 34 tahun ini bukan hanya bersandarkan wajahnya yang cantik tetapi juga bersifat rendah diri dan berhati mulia. Bersuamikan Putera William, popularitinya terus naik mendadak sehingga berjaya tersenarai sebagai '100 Most Influential People in the World' pada tahun 2012 dan 2013.


9) Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (Johor)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 9


Menjadi puteri tunggal pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia, namanya acapkali meniti di bibir rakyat. Beliau yang kini berumur 30 tahun merupakan antara kerabat diraja yang paling terkemuka di Instagram kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang fesyen.


10) Puteri Sirivannavari Nariratana (Thailand)


puteri kerabat diraja tercantik dunia 10


Bergelar puteri kepada Raja Vajiralongkorn tidak menjadi penghalang buat Puteri Sirivannavari untuk menceburkan diri dalam bidang sukan yang digemarinya. Tidak hairanlah jika beliau pernah mewakili negaranya dalam permainan badminton serta memenangi pingat emas dalam South East Asian Games 2005.


Olahan: Astro Gempak


tags : , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)