Oleh pada 06 May 2017 kategori

Bagi mereka yang suka membaca buku, perpustakaan adalah tempat yang dianggap sebagai tempat lepak tetap. Sekiranya tiada perpustakaan yang berdekatan dengan kawasan rumah, sudah pastilah kedai buku yang berhampiran akan menjadi tempat destinasi. Walaupun tidak membeli buku atau majalah, peluang untuk membaca buku yang menetapi selera masing-masing akan membuatkan seseorang tu leka dengan masa yang berlalu. Tambahan sekiranya terdapat pesta buku di sekitar kawasan anda pasti membuatkan tumpuan anda terarah kepada pesta buku.

Jika diberi peluang, pastinya setiap individu yang suka membaca buku ingin melawati setiap perpustakaan di setiap tempat. Bagi memberi gambaran jelas kepada anda tentang perpustakaan-perpustakaan yang menarik dan mesti dilawati, saya senaraikan perpustakaan yang perlu dilawati oleh anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perpustakaan Strahov di Prague, Republik Czech

Dikenali sebagai antara perpustakaan tercantik di dunia, perpustakaan Strahov ini terletak di dalam kompleks istana Clementium. Terdapat 2 dewan iaitu Dewan Theological dan juga Dewan Philisophical yang dibina pada kurun ke-18.

Ditambah dengan pelbagai buku-buku purba, manuskrip lama yang jarang dijumpai, bangunan ini juga dilengkapi dengan lukisan-lukisan di dinding dan juga siling serta barangan-barangan antik yang diperolehi dari seluruh pelusuk dunia yang menambahkan lagi keunikan perpustakaan ini.

Perpustakaan Stuttgart di Stuttgart, Jerman

perpustakaan stuttgart

Bangunan berbentuk kiub ini adalah diinspirasi oleh reka bentuk Pantheon di Rome dan mempunyai 9 tingkat. Dengan rekabentuk moden dan ringkas akan membuatkan para pengunjung perpustakaan ini tidak mudah meninggalkan tempat ini.

Direka untuk memberi rasa selesa dan suasana yang membantu pembaca, perpustakaan ini telah dicat dengan menggunakan cat putih di keseluruhan bangunan ini. Warna selain itu adalah daripada warna buku itu sendiri.

Perpustakaan DiRaja Portugis di Rio de Janeiro, Brazil

bilik membaca portugis

Dibina pada kurun ke-19, perpustakaan ini adalah tempat bagi 350,000 sehingga 400,000 buku dan merupakan koleksi terbesar bagi orang Portugis di luar negara Portugal.

Perpustakaan ini dikenali kerana reka bentuk Neo-Manueline, yang memberi gambaran gaya Gothic-Renaissance yang pernah berkembang pada suatu ketika dahulu di zaman penjajahan Portugis.

Perpustakaan ini dipenuhi dengan buku-buku yang kebanyakan daripadanya adalah koleksi unik buku sejak kurun ke-16.

Perpustakaan George Peabody di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat

perpustakaan george peabody

Perpustakaan ini ditaja oleh George Peabody. Beliau merupakan seorang businessman dan seorang banker yang banyak memberi sumbangan dan kebajikan yang membuatkan beliau dianugerahkan Congressional Gold Medal dan merupakan seorang Freeman di Kota London.

Peabody membina perpustakaan ini sebagai hadiah kepada penduduk Baltimore. Direka pada kurun ke-19, oleh arkitek Edmund Lind, perpustakaan ini dikenali kerana terdapat atrium yang tinggi yang dibina menggunakan kaca. Bangunan ini mempunyai 5 tingkat dan dipenuhi dengan buku-buku dan bumbung bangunan ini disinari dengan cahaya semulajadi seperti matahari dan bulan.

Perpustakaan Awam New York di New York, Amerika Syarikat

perpustakaan awam new york

Perpustakaan ini mempunyai 53 Juta barang! Termasuklah buku-buku, bahan-bahan antik, manuskrip lama dan sebagainya. Mengikut senarai terbaru, perpustakaan ini adalah perpustakaan ke-4 terbesar di dunia!

Antara ciri-ciri menarik di sini adalah Beaux-Arts yang merupakan struktur marble terbesar di Amerika Syarikat ketika ia dibina.

Bilik utama iaitu Bilik Bacaan Utama Rose dibina berukuran 297 kaki panjang dengan 87 kaki lebar dan mempunyai 42 meja bacaan yang dibina daripada pokok oak untuk para pengunjung perpustakaan ini.

Perpustakaan DiRaja Copenhagen di Copenhagen, Denmark

perpustakaan diraja copenhagen

Siap dibina pada tahun 1999, bangunan yang lebih dikenali sebagai Black Diamond ini merupakan bangunan tambahan kepada perpustakaan negara Denmark. Disebabkan ciri-ciri bangunan ini yang dibina daripada batu hitam granite dan sudut rekaan yang pelik, ia mendapat jolokan sebagai bangunan Black Diamond.

Rekabentuk luaran perpustakaan ini dilengkapi dengan atrium yang diperbuat daripada kaca. Disebabkan ciri unik atrium ini, suasana di dalam perpustakaan dipancari oleh cahaya luaran dan ditambah dengan pemandangan sungai yang menaikkan mood suasana membaca, tidak hairanlah perpustakaan ini menjadi tumpuan pengunjung dalam negara dan luar negara.

Perpustakaan Awam Boston di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat

perpustakaan awam boston

Perpustakaan ini dilengkapi dengan 23 Juta barang, yang membuatkannya perpustakaan awam kedua paling besar di Amerika Syarikat. Perpustakaan ini terkenal dengan rekaan dalaman yang menarik, senibina Itali, atrium dan bilik membaca yang menjadi contoh kepada perpustakaan lain iaitu Dewan Bates.

Dewan Bates memperolehi nama daripada Joshua Bates, penaja pertama perpustakaan ini. Pada tahun 1852, Bates bersetuju untuk menderma sejumlah besar dana kepada perpustakaan ini dengan syarat, bangunan ini akan menjadi tempat rujukan dan terbuka kepada orang ramai.

Perpustakaan Awam Bandar Kansas di Missouri, Amerika Syarikat

perpustakaan awam bandar kansas

Apa yang menarik tentang perpustakaan ini adalah rekabentuk bangunannya yang terdiri daripada 22 buku yang dipilih oleh masyarakat komuniti Bandar Kansas. "Buku-buku" ini adalah setinggi 25 kaki dan terdiri daripada buku seperti "Fahrenheit 45" oleh Ray Bradbury dan "To Kill a Mockingbird" oleh Harper Lee.

Perpustakaan Sir Duncan Rice di Aberdeen, United Kingdom

perpustakaan sir duncan rice

Perpustakaan ini merupakan perpustakaan terbaru bagi Universiti Aberdeen. Perpustakaan ini melambangkan ciri-ciri rekabentuk abad ke-21 dan mempunyai atrium yang berpilin di tengah-tengah bangunan ini.

Perpustakaan ini mendapat tumpuan ramai kerana ciri-ciri uniknya dan rekabentuk bangunan ini. Atrium yang dibina secara berpilin atau spiral itu telah membantu menyinari bangunan itu sehingga ke tingkat 8 dan dibumbung bangunan ini juga diletakkan sel solar yang menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik yang boleh diguna oleh bangunan ini.

perpustakaan sir duncan rice 2

Perpustakaan José Vasconcelos di Bandar Mexico, Mexico

perpustakaan jose vasconcelos

Direka oleh Alberto Kalach, perpustakaan ini diperbuat daripada konkrit dan struktur kaca. Apa yang menarik adalah rak-rak buku diletak seolah-olah rak ini terapung di udara dan terdapat rangka tulang ikan paus besar yang digantung di tengah-tengah perpustakaan ini.

Perpustakaan ini dinamakan José Vasconcelos, iaitu seorang ahli falsafah dan ahli politik. Vasconcelos merupakan figura penting di dalam budaya Mexico dan merupakan pelopor bagi kempen membaca di sana.

Apa yang dapat disimpulkan adalah kebanyakan perpustakaan mempunyai ciri-ciri unik tersendiri yang salah satunya dapat menarik lagi ramai pembaca ke perpustakaan. Mengambil contoh perpustakaan Stuttgart, dengan rekabentuk yang luas dan menarik sebegitu pasti memberi keselesaan dan suasana yang membantu pembacaan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)