Oleh pada 13 Apr 2017 kategori

Anda dah banyak memohon kerja tapi belum ada rezeki? Apa maklumat yang ada dalam resume anda?

cara update resume 968

Kebanyakan orang hanya menggunakan templat yang didapati dari Google untuk mengemaskini resume. Pelbagai format dan reka bentuk yang boleh dipilih. Cuma perlu masukkan sahaja data peribadi.

Bagi anak muda zaman kini pula, ramai yang lebih gemar mengambil jalan mudah dengan mengupah orang lain untuk membuat resume atau membeli templat berbentuk kreatif di samping memastikan penggunaan bahasa Inggeris yang sempurna.

Menurut Forbes, kita telah terlalu lama menggunakan ayat dan maklumat standard yang tidak menggambarkan personaliti kita yang sebenar dalam resume. Dengan lambakan penganggur hari ini, persaingan menjadi amat sengit apabila anda cuba memohon mana-mana pekerjaan sehingga lebih 50% resume pemohon ditongsampahkan sahaja.

jangan sampai resume anda ditongsampahkan saja 395

Manakan tidak, jawatan kosong hanya ada satu atau dua kerusi sahaja tetapi pemohon sampai 500 orang. Semua orang punya kelulusan tinggi, semua orang pun mempunyai latar belakang kerja yang bagus. Jadi, bagaimana kita boleh menambah baik resume supaya dapat menarik perhatian bakal majikan?

Kami kongsikan 10 lagi perkara yang kebiasaannya tiada dalam resume tradisional, namun anda boleh tambah sendiri:


#1 Sebab bertukar/berhenti kerja

Ramai majikan tidak berapa gemar mengambil calon yang suka 'lompat-lompat' tempat kerja. Sekejap kerja syarikat ABC selama 6 bulan, selepas itu kerja syarikat XYZ pula 3 bulan. Mereka akan menganggap anda tidak bersungguh-sungguh dan berisiko tinggi untuk berhenti kerja lebih awal.

Ada baiknya jika anda boleh senaraikan mengapa anda meninggalkan setiap syarikat terutama sekali jika anda mempunyai alasan yang munasabah kerap bertukar kerja. Nyatakan sama ada sesuatu kerja itu hanya mempunyai kontrak selama 6 bulan, kerja sambilan atau berpindah tempat tinggal. Dengan ini, bakal majikan pun mungkin tak akan ada tanggapan negatif terhadap anda.


#2 Bagaimana anda melihat diri anda dalam kerjaya ini

Yang ini anda perlu kemahiran 'up' diri sendiri. Nyatakan bagaimana anda boleh sesuaikan diri dengan tempat baru itu dan sebarang perubahan (dari segi pencapaian atau kejayaan) yang boleh anda lakukan. Anda juga boleh sentuh tentang mempelajari pelbagai benda baru dari syarikat itu.

jangan masukkan maklumat yang tidak patut


#3 Kenapa anda memilih laluan kerjaya ini

Ada sesetengah majikan yang suka mengambil calon yang fokus dalam kerjaya tetapi masih berpandangan luas. Anda perlu tahu apa yang anda mahukan daripada sesebuah kerjaya. Anda boleh kaitkan pemilihan laluan kerjaya ini dengan personaliti, minat atau pengalaman anda dalam pekerjaan tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya anda memohon kerja dalam bidang perhubungan awam (public relations), anda boleh menyentuh tentang kemahiran dalam berkomunikasi, mudah bergaul dengan orang ramai dan sukakan persekitaran kerja yang bertenaga.


#4 Kenapa anda dipilih menyertai setiap tugas/kerja lama

Nyatakan kenapa anda dipilih bekerja di syarikat lama. Fokus kepada kemahiran atau pengalaman anda. Sebagai contoh, anda diambil bekerja untuk mengetuai unit analisis untuk mengkaji sesuatu data dan tidak ramai orang yang berkebolehan seperti anda.

jangan buat silap 409


#5 Apa yang anda tinggalkan di tempat kerja lama

Sekiranya anda telah membuat sebarang penambahbaikan atau meninggalkan suatu kejayaan berpanjangan, anda boleh senaraikan sekali di dalam resume. Janganlah pula cerita pasal anda berat hati meninggalkan kawan-kawan gossip yang disayangi pula. Itu tak ada kena-mengena dengan kerja.


#6 Personaliti anda dan rasa lucu/humor

Kini semakin ramai majikan yang mencari pekerja dengan sense of humour. Mungkin disebabkan mereka tak mahu seorang yang bermuka tegang dan tak pandai melawak sehingga menghambarkan suasana dalam pejabat.

Jika sesuatu pekerjaan yang ingin dimohon memerlukan calon yang berpersonaliti menarik dan berhati besar, anda senaraikanlah kelebihan anda dalam resume.

kalau anda tak lawak jangan mengaku lawak


#7 Konteks bagi setiap kejayaan anda

Senaraikan secara spesifik segala kejayaan anda semasa di tempat kerja lama. Jika anda berjaya mencapai KPI 'rating 5' selama 8 tahun berturut-turut atau berjaya mengurangkan kos perbelanjaan syarikat, nyatakan dalam bentuk wang ringgit dan peratusan.


#8 Keutamaan dalam setiap pekerjaan

Mungkin anda boleh sentuh tentang perkembangan kerjaya ataupun peluang-peluang tugasan yang anda telah sertai.


#9 Pengalaman yang anda perolehi daripada setiap pekerjaan

Selitkan pengalaman menarik dan berguna yang anda dapat daripada setiap kerjaya anda. Sebagai contoh, anda menyertai seminar bersama pemimpin-pemimpin dunia ataupun anda menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Majlis Makan Malam Amal bersama Donald Trump. Apa-apa je lah asalkan berguna untuk kerjaya.

pengalaman kerjaya


#10 Bagaimana minda anda berfungsi

Jika anda seorang yang pandai menguruskan tugasan multitask, misalnya, anda boleh ceritakan sedikit bagaimana anda menguruskan tugasan-tugasan berat ini sambil bekerja di bawah tekanan. Namun, poin ini tidak digalakkan tulis bagi individu yang mempunyai otak yang complicated dan sukar difahami.

Semua perincian ini mungkin jarang didapati dalam templat standard yang anda selalu gunakan, tapi kesemua maklumat ini amat penting bagi majikan untuk mengenali diri anda dengan lebih lanjut. Mana tahu, anda mungkin berjaya tarik perhatian mereka.

resume lawak jangan buat macam ni


Paling penting, kalau anda nak upah mana-mana pihak buatkan resume, pastikan aras bahasa Inggeris yang digunakan tidak terlalu tinggi sampai anda sendiri pun tak tahu apa maksud sesuatu perkataan atau ayat.

Buat malu je kalau kantoi masa interview.


tags : , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)