Yoko Inoue adalah seorang jurugambar yang berasal dari sebuah bandar di pinggir kota Jepun. Beliau telah berpindah ke New York mengikut suaminya ke sana pada usia 21 tahun. Setelah 17 tahun tinggal di Amerika, pasangan ini telah bersetuju untuk berpindah dan menetap di Jepun bersama anak sulung mereka, Motoki.

Keluarga kecil ini berpindah ke satu kawasan perkampungan di Okayama. Kini mereka sudah tinggal di Jepun hampir 7 tahun. Yoko mendapati terdapat perbezaan yang ketara dalam kehidupan harian seorang ibu di New York dan Jepun. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakalanya beliau rasa susah untuk menyesuaikan diri tetapi masyarakat setempat merupakan satu komuniti yang amat mementingkan keselamatan. Motoki boleh keluar bermain tanpa perlu diawasi dan boleh mempercayai sesiapa sahaja. Di New York, anak kecil sudah diajar untuk sentiasa berwaspada dengan orang sekeliling. Berikut perbandingan lain antara hidup berkeluarga di Amerika dan Jepun:

1. Kehamilan

yoko hamil di jepun

Semasa Yoko mengandung anak sulungnya, doktor di Amerika sering memberikan amaran bahawa beliau tidak boleh makan sushi dan keju atau minum kopi dan alkohol. 

Apabila beliau mengandung dengan anak kedua di Jepun, doktor di sana tidak mengenakan apa-apa sekatan diet langsung sepanjang tempoh kehamilannya. Yoko juga dibenarkan minum beberapa cawan kopi setiap hari dan hanya satu gelas alkohol.

2. Kenalan baru

Hampir kesemua ibu yang Yoko kenali di Jepun merupakan suri rumah sepenuh masa. Di New York, kebanyakan rakan wanitanya bekerja keras dan mempunyai kerjaya walaupun selepas berkahwin dan mempunyai anak.

Cara kumpulan ibu-ibu ini berkomunikasi juga berbeza. Ibu di Amerika sering berjumpa di taman permainan dan saling bertukar cerita tentang hal-hal di rumah. Rata-rata mempunyai sikap open-minded. Di Jepun, Yoko akan dipandang aneh jika menceritakan apa-apa kisah yang berlaku di rumah. Ini disebabkan sifat orang Jepun yang tidak akan berkongsi hal peribadi kepada orang luar.

3. Majlis keramaian dan parti

bbq bersama rakan

Apabila ada majlis di mana ramai keluarga berkumpul, lelaki dan wanita sentiasa duduk berasingan. Para ibu kebiasaannya akan berada di dapur untuk memasak dan memerhatikan anak-anak. Ibu-ibu tidak dapat bersosial dengan sesuka hati. Para bapa pula berada di ruang berasingan, berborak dan minum bersama. Ini sama sekali berbeza dengan keadaan di New York di mana semua orang boleh bercampur gaul dan bergelak ketawa tidak mengira jantina.

4. Janji temu pasangan

Yoko pernah memberitahu rakan Jepunnya perihal mengupah pengasuh untuk menjaga anak supaya beliau dapat keluar berjanjitemu dengan suami berdua-duaan ketika tinggal di New York. Namun, mereka amat terperanjat apabila mengetahui hal itu.

Ibu-ibu di Jepun jarang makan di luar dan para bapa pula sering bekerja sehingga lewat malam. Kalaupun pasangan dapat keluar, mungkin sekali dalam setahun untuk menyambut hari lahir. Walaupun begitu, pasangan di Jepun masih bahagia dan mesra antara satu sama lain.

5. Hoikuen / Daycare

prasekolah di jepun tadika

Ada dua jenis prasekolah di Jepun : satu untuk ibu yang bekerja dan satu lagi untuk ibu yang tinggal di rumah. Pusat jagaan untuk ibu bekerja (Hoikuen) dibuka 6 hari seminggu dari jam 7 pagi sehingga 6 petang. Anak-anak hanya dibenarkan mendaftar sekiranya kedua-dua ibu dan bapa membuktikan bahawa mereka mempunyai pekerjaan atau tidak boleh menjaga anak atas sebab tertentu.

Pusat jagaan ini dibiayai kerajaan maka yurannya adalah lebih murah iaitu sekitar 3000yen (RM118) sebulan termasuk makan tengah hari dengan hidangan makanan seimbang yang disediakan oleh chef khas.

Pembelajaran pula adalah melalui permainan di mana aktiviti seperti bermain dengan serangga dan membina istana pasir lebih ditekankan.

tadika di jepun bercucuk tanam

6. Yochien / Kindergarten

sekolah di jepun

Di Jepun, Yochien merupakan tadika untuk kanak-kanak yang tidak memerlukan asuhan atau penjagaan rapi. Walau bagaimanapun caj yang dikenakan adalah lebih mahal sekitar 20,000yen (RM789) sebulan. Waktu beroperasi juga berbeza iaitu dari jam 9 pagi sehingga 2 petang sahaja. Anak-anak perlu membawa bekal makanan / bento sendir kerana susu kotak sahaja yang akan diberikan secara percuma kepada anak-anak.

Pembelajaran adalah lebih berkisarkan tentang cara untuk hidup berdikari dan belajar mengenal alam.

7. Berjalan kaki ke sekolah

melintas jalan ke sekolah di jepun

melintas jalan ke sekolah di jepun2

Di Jepun, semua kanak-kanak dari satu kawasan perumahan akan berkumpul dan berjalan ke sekolah bersama-sama seawal usia 7 tahun. Orang yang lebih tua kebiasaannya akan menjadi sukarelawan untuk memastikan mereka selamat apabila melintas jalan. 

Para sukarelawan ini juga dengan senang hati akan menyapa kanak-kanak ini dengan ucapan mesra "Selamat Pagi!" Ibu bapa sebaliknya perlu memastikan anak-anak telah diajar untuk membalas sapaan dengan suara yang lantang dan mesra beserta eye contact. Sekiranya tidak, ia akan dianggap sangat biadab.

8. Makanan

bento bekal makanan sekolah

Makanan kanak-kanak di Jepun adalah sangat sihat dengan kuantiti nasi yang banyak dan dihidangkan bersama telur dadar, brokoli atau sosej. Namun, Yoko berasa sedikit kecewa kerana label produk di Jepun adalah tidak seperti di Amerika. Beliau tidak dapat membezakan antara makanan organik atau tidak organik apabila membeli barang di Jepun.

9. Komuniti

Masyarakat di Jepun adalah seperti satu keluarga yang besar. Mereka banyak mengadakan majlis seperti aktiviti berkumpul sebulan sekali untuk membersihkan kawasan kejiranan dan tokong Buddha di mana Yoko sekeluarga mesti hadir supaya 'diterima' oleh semua orang. Namun, ahli komuniti amat peramah dan sentiasa menyapa semua orang dengan tunduk hormat dan mengucapkan hello. 

Di New York, Yoko tidak mengenali langsung jiran tetangga mereka.

festival jepun komuniti mesra

10. Kesederhanaan dan sifat rendah diri

Pusat membeli-belah di Jepun kebanyakannya mempunyai bilik untuk menyusu yang berasingan. Yoko tidak pernah nampak sesiapa yang menyusukan anak secara terbuka di khalayak ramai. 

Wanita di Jepun adalah sangat merendah diri. Mereka berpakaian hitam dan selalu bersederhana, tidak terlalu mendedahkan tubuh badan. Berbeza sekali dengan wanita di New York yang sering memakai tank top dan mengenakan pakaian yang lebih 'berani'.

keluarga bahagia jepun

Sumber : Yoko Inoue




Hakcipta iluminasi.com (2017)