iluminasi kuasa tentera dunia11

Setiap negara perlu bersedia menghadapi ancaman sama ada dari luar atau dari dalam. Negara kita juga setiap tahun mempersiapkan diri dengan peruntukan kewangan untuk memantapkan serta memajukan keupayaan pertahanan negara kita. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan 10 negara yang mempunyai perbelanjaan pertahanan paling besar di dunia ini, negara kita sebenarnya berada di dalam satu spektrum yang sangat-sangat berbeza. Kebanyakan negara di bawah mampu memperuntukkan bajet hanya untuk pertahanan yang hampir menyerupai bajet keseluruhan negara kita.

Berikut adalah 10 negara di dunia yang mempunyai keupayaan kewangan paling tinggi dalam bidang ketenteraan dan pertahanan.


10. Korea Selatan (RM145 billion)

iluminasi kuasa tentera dunia

Oleh kerana ancaman dari Korea Utara belum berakhir, pihak kerajaan telah memantapkan lagi keupayaan perang Korea Selatan. Kebanyakan perbelanjaan yang diperuntukkan adalah untuk menambahkan bilangan anggota tentera dan menaiktaraf teknologi peluru berpandu pertahanan Korea Selatan.

9. Jerman (RM154 billion)

iluminasi kuasa tentera dunia2

Kerajaan Jerman bagaru saja mengumumkan akan meningkatkan peruntukan ketenteraan selepas tidak melakukan langkah tersebut kebelakangan ini. Chancellor Jerman, Angela Markel menyebut yang semakin banyak ancaman luar wujud ketika ini. Menteri Pertahanan Jerman pula buat pertama kalinya selepas Perang Dingin meletus akan menambah jumlah tentera seramai 14,300 orang untuk memperkuatkan lagi ketenteraan Jerman.

8. Jepun (RM177 billion)

iluminasi kuasa tentera dunia3

Menghadapi ancaman yang wujud dari Korea Utara dan ketegangan yang berlaku di negara-negara yang bersempadan dengan Laut China Selatan, kerajaan Jepun meingkatkan bajet ketenteraan mereka awal tahun ini. Walaupun begitu, Perdana Menteri Jepun tetap menegaskan yang mereka akan terus mengamalkan prinsip pasifis yang telah lama dipegang mereka.

7. Perancis (RM191 billion)

iluminasi kuasa tentera dunia4

Berhadapan keadaan darurat serta banyak masalah pengganas, tentera Perancis kini diberi bajet lebih besar untuk menjaga keamanan mereka. Dikhabarkan dengan bajet tinggi itu, tentera Perancis bakal menjadi antara pengguna terawal teknologi kapal selam terbaru yang menggunakan kuasa nuklear.

6. Rusia (RM209 billion)

iluminasi kuasa tentera dunia5

Dengan peruntukan ketenteraan yang meningkat setiap tahun dari tahun 1998, buat pertama kali peruntukan ketenteraan Rusia dipotong sebanyak 5.3% tahun ini. Oleh kerana berlakunya krisis ekonomi di Rusia dan juga kejatuhan harga minyak yang menyebabkan ekonomi Rusia merasai kesan negatif, ketenteraan menjadi mangsa dengan tentera laut Rusia mengalami pemotongan bajet terbesar.

5. Arab Saudi (RM210 billion)

iluminasi kuasa tentera dunia6

Menjadi negara yang mempunyai purata perbelanjaan paling tinggi di dunia untuk ketenteraan iaitu sebanyak 13.9% daripada keseluruhan bajet negara, sementara negara lain hanya memperuntukkan purata 2% untuk perkara yang sama. Arab Saudi adalah pembeli sejnata kedua terbesar dunia dengan rakan dagang utamanya adalah Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom.

4. India (RM218 billion)

iluminasi kuasa tentera dunia7

India buat pertama kalinya menjadi negara kelima paling besar dalam bajet ketenteraan mereka. India adalah negara nombor satu pengimport senjata di dunia dan juga mempunyai keupayaan teknologi nuklear. Bukan calang-calang keupayaan mereka. Berada di tempat ketiga sebagai ekonomi paling besar di Asia membolehkan India meningkatkan bajet ketenteraan mereka daripada RM206 billion kepada RM218 tahun ini.

3. United Kingdom (RM232 billion)

iluminasi kuasa tentera dunia8

Salah sebuah negara yang mampu mengikut syarat ketetapan NATO iaitu perbelanjaan ketenteraan 2% daripada jumlah GDP negara, perbelanjaan tentera UK dinaikkan sebanyak 0.5% sehingga tahun 2021 untuk membekalkan peralatan perang terbaru kepada UK Special Forces. Kerajaan mereka juga bercadang untuk menambahkan jumlah tentera laut mereka seramai 700 orang.

2. China (RM829 billion)

iluminasi kuasa tentera dunia9

Berbeza benar bajet di antara tempat ketiga dan kedua.

Oleh kerana kerajaan China melakukan banyak tuntutan terhadap pulau-pulau yang berada di sekitar Asia Pasifik, kerajaan China memerlukan penambahbaikan kepada kuasa ketenteraan mereka. Bajet untuk ketenteraan mereka dinaikkan sebanyak 43% walaupun ekonomi mereka sebenarnya bergerak perlahan dan dijangkakan, bajet China untuk tentera akan meningkat kepada RM1.1 trillion pada tahun 2020.

1. Amerika Syarikat (RM2.6 trillion)

iluminasi kuasa tentera dunia10

Walaupun memperuntukkan hampir RM2.6 trillion perbelanjaan hanya untuk ketenteraan, peratusan perbelanjaan untuk pertahanan USA adalah hanya 3% daripada GDP mereka. Dikhabarkan sebanyak 60% daripada bajet mereka akan diperuntukkan untuk kapal terbang, sokongan misi, pembinaan kapal perang dan pembangunan program kawalan yang akan melindungi kepentingan dan keselamatan Amerika Syarikat.



Jika ada yang bertanya berapa bajet pertahanan negara kita, jumlahnya adalah sebanyak RM15.06 billion. Jumlah yang kecil saja jika dibandingkan dengan kuasa-kuasa besar dunia.


tags : , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)