Oleh pada 24 Jul 2017 kategori

Baru-baru ini tular kes bunuh diri oleh vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington yang telah menggantung dirinya di rumahnya di California. Chester dikatakan bergelut dengan kemurungan serta ketagihan dadah dan alkohol. Selain itu, beliau juga menjadi bertambah murung selepas rakan karib yang juga idolanya, Chris Cornell, juga membunuh diri Mei lalu.

Masalah kemurungan sememangnya tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menyebabkan seseorang melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya. Mereka berasakan tiada jalan keluar daripada masalah itu dan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Jika anda mempunyai rakan atau kenalan yang mengalami kemurungan, jangan biarkan dan ambil tindakan yang sewajarnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 10 negara yang mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di dunia.

10. Kazakhstan

Kazakhstan menduduki tangga ke-10 dalam senarai negara yang mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di dunia. Dalam jangka masa 5 bulan sahaja, 86 nyawa dicatatkan telah terkorban akibat bunuh diri, dan semuanya adalah dari golongan remaja. Mereka merupakan remaja berumur 18 tahun ke bawah dan tentunya anda tertanya-tanya teruk sangatkah tekanan sehingga remaja bawah umur nak bunuh diri?

Kebanyakan kes bunuh diri yang berlaku di Kazakhstan adalah disebabkan sebab yang biasa di negara ini, salah satunya adalah disebabkan gagal dalam peperiksaan dan tak sanggup menahan malu daripada orang ramai. Sebab-sebab lain adalah kesunyian yang keterlaluan, konflik di sekolah yang menyebabkan permusuhan, dan juga konflik keluarga.

9. Nepal

Sebelum berlakunya gempa bumi di Nepal yang telah menggegarkan dunia pada 2015, rekod menunjukkan sebanyak 965 orang telah membunuh diri dari bulan Januari hingga April. Namun, jumlah itu meningkat kepada 1,363 nyawa selepas berlakunya gempa bumi tersebut dari bulan April sehingga Julai. Dikatakan gempa bumi tersebut telah memberi impak kepada peningkatan kadar bunuh diri di Nepal. Sebab utama mereka mencabut nyawa sendiri adalah tidak dapat menanggung kesengsaraan akibat kematian orang tersayang dalam gempa bumi tersebut.

Pada tahun 2014, sebanyak 4,332 kes bunuh diri dicatatkan dan lebih ramai lelaki yang memilih cara ini. Cara membunuh diri terbanyak digunakan adalah menggantungkan diri diikuti dengan meminum racun.

8. Tanzania

Kadar bunuh diri di Tanzania semakin meningkat dari tahun ke tahun sehingga mengejutkan pakar psikatiari dan pakar psikologi. Dalam masa 5 tahun sahaja, sebanyak 3420 kes bunuh diri dicatatkan termasuk remaja bawah 18 tahun. Sebab utama kes bunuh diri adalah kerana remaja perempuan yang mempunyai masalah sosial yang dihadapi setiap hari yang menambahkan tekanan yang tak dapat ditanggung lagi. Selain itu, penyakit yang tak dapat dirawat lagi yang membuatkan mereka tak mahu hidup lagi, seperti penyakit HIV/AIDS.

7. Mozambique

Mozambique merupakan antara negara termiskin dan mundur di Afrika. Digelar sebagai "Negara No.1 bunuh diri di Afrika", kadar bunuh diri yang tinggi adalah disebabkan kemiskinan terlampau dan penyakit kronik yang tak dapat disembuhkan.

Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka disebabkan miskin terlampau yang merendahkan taraf kehidupan secara tak langsung menyumbang kepada peningkatan kadar bunuh diri di Mozambique. Sebagai contoh, tak semua orang mempunyai sumber air yang bersih di kawasa pedalaman yang membuatkan mereka terpaksa berjalan berkilometer untuk sampai ke sumber air iaitu sungai yang mana merupakan satu punca utama penyakit Malaria dan penyakit lain.

Walaupun kes rogol di Mozambique agak rendah, tetapi ia menjadi penyebab berlakunya bunuh diri kerana mangsa rogol menjadi trauma dan membunuh diri.

6. Suriname

Kepercayaan teguh dan tradisi keluarga India yang sangat kuat di Suriname boleh menyebabkan keburukan pada masa yang sama kerana ketegasannya sehinggakan menjadi punca kepada kes bunuh diri. Bagi perempuan India yang biasanya melalui perkahwinan yang diatur oleh keluarga, dan perkahwinan itu tidak seperti yang diinginkan boleh menjadi punca bunuh diri. Lebih teruk, jika mereka tidak langsung berkahwin akan menyebabkan keaiban yang teramat kepada keluarga dan ini menjadi punca mereka diseksa dengan teruk seperti dicurahkan asid.

Daripada diseksa sebegitu rupa, mereka lebih cenderung untuk mengambil nyawa sendiri. Selain itu, Suriname merupakan negara yang sangat miskin dan amat sukar untuk menjalani kehidupan normal yang menyumbang kepada masalah kesihatan, buruh kanak-kanak dan juga eksploitasi seksual.

5. Lithuania

Lithuania juga merupakan negara yang sangat miskin sehinggakan terdapat ramai gelandangan di tepi-tepi jalan dan mencari makanan di dalam tong-tong sampah. Kadar bunuh diri di Lithuania sangat membimbangkan dan lebih teruk di kawasan luar bandar. Menurut WHO, sebanyak 34 daripada 100,000 penduduk membunuh diri. Jumlah ini adalah 3 kali ganda daripada Amerika syarikat, dan 11 kali ganda daripada Greece.

Faktor lazim yang menjadi kelaziman dalam kes bunuh diri adalah pengambilan alkohol yang teruk dan penyalahgunaan dadah yang membuatkan badan tidak tertampung oleh badan.

4. Sri Lanka

Sebanyak 4,000 kes bunuh diri dilaporkan setiap tahun di Sri Lanka, dan sebanyak 11 nyawa terkorban setiap hari disebabkan bunuh diri. Kadar bunuh diri bagi lelaki adalah 46.4 nyawa daripada 100,000 pendudukvmanakala bagi perempuan adalah sebanyak 12.8 nyawa daripada 100,000 penduduk. Jika jumlah ini diteruskan ia mungkin akan menyebabkan lenyapnya komuniti di Sri Lanka dalam beberapa bulan sahaja. 

Faktor utama adalah disebabkan tekanan kewangan yang amat teruk dan tak tertanggung. Selain itu, faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kadar bunuh diri adalah tradisi keluarga India, tekanan kumpulan gangster dan juga taraf pendidikan yang teruk yang menjadikan mereka miskin.

3. Korea Selatan

Jika dilihat negara-negara di atas, kebanyakannya adalah negara mundur dan bergelut dengan kemiskinan. Namun, Korea Selatan merupakan sebuah negara maju, berpendidikan dan berprofil tinggi. Kadar bunuh diri di Korea Selatan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai perniagaan dan tidak berjaya, membuatkan mereka mengambil jalan penyelesaian singkat.

Golongan yang banyak membunuh diri adalah warga tua. Kelaziman kes bunuh diri yang berlaku di Korea Selatan adalah kerana kemiskinan yang berleluasa di kalangan warga emas yang mana hampir sebahagian daripada populasi warga tua hidup di bawah taraf kemiskinan. 71.4% daripada warga tua tidak berpelajaran dan 37.1% daripada mereka tinggal di luar bandar.

Selain itu, budaya anak-anak menjaga orang tua mereka sudah hilang di kalangan warga Korea Selatan pada abad ke-21. Cara bunuh diri biasanya adalah dengan menggunakan racun, terutamanya di kalangan wanita. sebanyak 58.3% kes bunuh diri antara tahun 1996 hingga 2005 dicatatkan menggunakan racun.

2. Jepun

Jumlah kes bunuh diri di Jepun pada tahun 2014 adalah sebanyak 25,000 kes, iaitu 3 kali ganda kadar bunuh diri di United Kingdom. Sebanyak 70 nyawa melayang setiap hari disebabkan bunuh diri dan kebanyakannya adalah lelaki. 71% penyumbang kes bunuh diri adalah golongan lelaki dan penyebab utama kematian lelaki berumur 20 hingga 44 di Jepun.

Faktor utama adalah disebabkan oleh tekanan ekonomi yang menyebabkan pengangguran dan juga tekanan sosial. 65.3% kes bunuh diri disebabkan oleh kehilangan pekerjaan dan 34.3% disebabkan oleh kesusahan hidup. Kemurungan juga menjadi penyebab utama kes bunuh diri.

Selain itu, ramai diantara pekerja di Jepun membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan kerja yang amat berat. Bagi mereka, bunuh diri adalah jalan penyelesaian dan kepercayaan mereka terhadap kelahiran semula.

1. Guyana

Mungkin ada yang tak pernah dengar nama negara ini, namun ia merupakan negara yang mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di dunia. Dikatakan kes di Guyana terlalu banyak sehinggakan ia dikataka rakyat negara ini mati sebab bunuh diri seperti lalat. Kadar bunuh diri adalah sebanyak 44.2 nyawa bagi setiap 100,000 penduduk dan jumlah lelaki yang bunuh diri adalah 3 kali ganda daripada wanita.

Kes bunuh diri paling popular di Guyana adalah pembunuhan diri beramai-ramai pada tahun 1978 di mana 900 ahli Kuil Rakyat Jim Jones telah mengambil nyawa mereka sendiri, namun ada dakwaan ia merupakan pembunuhan beramai-ramai, bukan bunuh diri.

Selain daripada kemurungan, kes rogol, kemiskinan, penyakit kronik, tak berpendidikan, pengangguran, peperangan, masalah sosial dan sakit mental, sebab utama yang membuatkan kadar bunuh diri melonjak naik dan buatkan anda terkejut, adalah perbuatan sihir.

Mereka menggunakan "kuasa spiritual" melalui hubungan antara nenek moyang bagi memanipulasi dan mengawal minda orang yang mereka mahukan dan menyuruh mangsa buat apa sahaja yang mereka mahukan. Ahli ilmu sihir menjadi fenomena kontroversi yang merangkumi skala global atau sekurangnya di benua Afrika.

Pengurusan yang lemah oleh kerajaan menyebabkan kegagalan dalam menyediakan servis asas dan kedaulatan undang-undang. Namun, peranan ekonomi yang tidak teruk sebagai faktor utama dalam kadar bunuh diri kekal sebagai isu kontroversi di Guyana.




Hakcipta iluminasi.com (2017)