Oleh pada 28 Mar 2017 kategori

Dalam zaman sekarang ni, boleh kata semua orang pun ada akaun sosial media seperti Facebook dan Instagram. Anak kecil yang tak boleh berjalan lagi pun ramai dah ada akaun yang mak ayah tolong buatkan. Atok nenek di kampung juga tak kurang hebatnya. Ye lah, sejak pencen tu banyaklah masa terluang. Sambil-sambil tu boleh stalk anak dan lepaskan rindu nak tengok gambar cucu sekali.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kalau anda perhatikan news feed daripada senarai rakan-rakan anda, anda mungkin boleh nampak satu pattern yang seolah-olah sudah menjadi tabiat mereka kan? Contohnya, bila anda klik pada album gambar Siti Saodah, anda boleh nampak 735 keping gambar semuanya selfie muka dia belaka. Ataupun bila anda skrol akaun Instagram Ahmad Fauzi, anda nampak deretan gambar makanan je.

Masing-masing ada tabiat masing-masing. Apa yang kami ingin senaraikan ini mungkin merupakan 10 kategori manusia yang selalu kita nampak di media sosial. Anda yang mana satu?

#1 Kaki swafoto

kaki selfie album gambar penuh dengan wajah mereka 741

Ni geng Siti Saodah kerana bersifat agak narsisistik. Dalam kereta dia selfie, dalam rumah tengah tengok tv dia selfie, tengah makan dia selfie, lepas mandi dia selfie, kat pejabat dia selfie, sebelum tidur pun selfie. Pendek kata, kamera telefon mod selfie tu sentiasa on aje lah.

#2 Kaki hashtag foodporn

ambil gambar dulu sebelum makan

Orang begini akan update gambar SETIAP kali dia makan. Kena susun dulu segala sudu, tisu dan pinggan bagi tangkap angle tu cantik-cantik macam dalam majalah. Walaupun ketika minum air masak pun dia mesti tangkap gambar kena bagi nampak artistik dan hipster.

#3 Kaki politik

keyboard warrior

Yang ini kerja nak bergaduh je. Semua benda dia nak kaitkan dengan politik. Semua salah kerajaan. Ataupun semua salah pembangkang. Diri sendiri aje yang tak salah.

#4 Kaki share tips

tag suami banyak kali supaya mereka faham apa yang anda cuba sampaikan

Yang ini selalunya wanita. Segala macam tips kebahagiaan rumahtangga, tips bercinta, tips memasak, tips jaga anak, tips deko rumah, semua benda dia share. Kalau waktu dia nak bagi hint pada suami, dia akan taglah suami siap-siap. Entah suami tu baca ke tidak.

#5 Kaki share quote

suka share petikan kata kata

Kaki kongsi quote ini suka kongsi kata-kata hikmah dan petikan ayat daripada selebriti atau orang terkenal. Ya, memang benar sifat ini bagus kalau kongsi benda baik. Tapi kadang-kadang tu, petikan kata yang tak betul pun dia main tekan share juga. Harap boleh selidik terlebih dahulu sebelum dikongsikan.

#6 Geng mak-mak

gambar cuci berak anak pun gemar dikongsi

24 jam update aktiviti anak. Album gambar penuh gambar anak. Sentiasa share tips kekeluargaan.

#7 Usahawan berjaya

update status berniaga

Walaupun secara umumnya setiap peniaga perlu membuka page tersendiri untuk aktiviti perniagaan mereka, namun masih ramai yang menggunakan akaun peribadi untuk berniaga. Maka, anda nampaklah setiap hari puluhan status yang mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka. Kalau ada selit cerita-cerita lain pun mesti bersangkut-paut dengan perniagaan mereka.

#8 Pasangan bercinta

pasangan bercinta romantis

Ya, saat bercinta memang semuanya indah. Walaupun duduk bersebelahan, namun mereka masih memuatnaik status sambil membalas-balas komen sesama sendiri. Anda boleh saksikan sendiri perkembangan mereka dari zaman mula-mula bercinta, selfie berdua, makan bersama, tonton wayang lewat malam sehinggalah ke sesi melamar secara romantis. Semua maklumat ada dalam poket anda.

#9 Kaki sukan

peminat sukan

Orang lelaki yang merupakan peminat tegar sukan memang selalu update status berkisar tentang sukan kegemaran mereka. Bagi yang minat bola sepak, mereka akan sentiasa berkongsi jadual terbaru perlawanan bola sepak sambil mengayam-ayamkan pasukan lain. Apabila pasukan mereka menang, banyak status susulan untuk mengayamkan pihak lawan akan ditulis dan sesi ini berterusan selama beberapa hari. Selain itu mereka selalu berkongsi maklumat berkenaan jersi, pemain-pemain bola sepak dan artikel-artikel berkaitan.

#10 Kaki update memanjang

kaki update

Ada segelintir orang suka betul muatnaik status baru setiap 5 minit. Dalam sehari, mungkin ada lebih kurang 20-30 kali statusnya dikemaskini. News feedpenuh dengan nama mereka saja. Agaknya mereka sangka Facebook itu fungsinya adalah seperti Twitter. Ada yang kata golongan seperti ini agak menjengkelkan namun anda punya pilihan untuk sembunyikan news feed mereka daripada pandangan. Janganlah unfriend terus, tak baik putuskan silaturrahim.

jangan buat video sambil memandu

Trend terbaru sekarang ni pula ialah buat video Live sambil drive. Ya, SAMBIL MEMANDU. Walaupun anda tak pegang telefon menggunakan tangan, tapi tahukah bahawa fokus dan minda anda akan terganggu disebabkan mata asyik nak tengok kamera?

Jangan sampai video info-sharing atau bebelan anda itu bertukar menjadi video kemalangan anda secara live sudahlah. Harap anda hentikan perbuatan membahayakan sebegini. Kalau nyawa anda tak berapa penting, banyak lagi nyawa orang lain yang penting. Terima kasih kerana memahami!




Hakcipta iluminasi.com (2017)